” Muka tu mula-mula macam tak nak. Sekali dah rasa, sedapnya.. ” – Netizen

Video Reaksi Anak Raja Ilya, Talita Love Merasa Puri Epal Hijau Buat Ramai Yang Ger4m. Alahai Awal-Awal Macam Tak Suka, Lepas Rasa Terus Senyum Nak Lagi. Comel Betul Lah Talita Ni !!

Beberapa bulan lalu, pelakon Raja Ilya telah berkongsi berita gembira dirinya telah selamat melahirkan anak sulungnya iaitu seorang bayi perempuan. Memilih nama sebagai Talita Love, kini usia Talita telah pun 5 bulan.

Meninjau di akaun Instagram Talita, Raja Ilya sering berkongsi perkembangan Talita dari semasa ke semasa. Terbaru, video yang dimuatnaik oleh Raja Ilya adalah memaparkan dirinya sedang memberi Talita makan.

Satu video yang menarik perhatian adalah reaksi Talita mencuba makan buah epal hijau yang dibuat puri. Kelihatan pada awal Talita telah mengerutkan dahinya seolah seperti masam. Namun setelah ditelan, Talita tersenyum ada memberikan reaksi ingin makan lagi.

Sehingga kini, video Talita mencuba puri epal hijau telah mendapat lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Talita, makin bamb4m lagi lah nanti sebab sekarang sedah boleh makan makanan pejal.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa ger4m melihat kecomelan Talita dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Muka tu mula-mula macam tak nak, sekali dah rasa, sedapnya. Ger4m betul tengok Talita ni, comel sangat.. “

” Yeayyy seronok lah Talita dah boleh makan macam-macam. Makin chubby lah Talita lepas ni, hehehe.. “

” Awak lagi manis dari epal. Good job baby, for the 1st time. Bulat lah Talita nanti, dia dah start boleh makan, hahaha.. “

” Ger4mmnya tengok muka budak comel ni, seketul betul. Rasa nak pic1t2 je muka comel Talita ni, eee ger4mmmm.. “

” Muka berkerut masam pun comel sangat, terus senyum lagi lah comel. Rasa macam baru je Raja Ilya bersalin, kejap betul Talita dah besar.. “

” Tolong jangan comel sangat boleh tak, antie ger4m laaaa tengok si kenit ni hehehe. Tolong jangan cepat besar ok.. “

” Comelnyaa Talita, mmg tak dapat di gambarkan betapa seronoknya hidup kita sbgai ibu, rase penat lelah hilang tengok keletahnya.. “

Alahai sekejap sahaja Talita dah besar, patut lah ramai yang ger4m tengok, makin comel anak Raja Ilya ni. Semoga Talita terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik serta penyejuk hati kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG talitalovegarrett, rajailya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..