” Tuhan, aku hanya ingin bahagia bersamanya.. “

Rozita Che Wan Beri Ucapan Kepada Suaminya, Zain Saidin Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Mereka. Ucapan Romantik Che Ta Bersemut Skrin Telefon !!

Pada 11 Disember 2013, Rozita Che Wan telah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya iaitu Zain Saidin. Pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita juga diwalikan oleh adiknya, Roshidi Che Wan.

Beliau telah menerima sebanyak sembilan dulang hantaran termasuklah cek wang hantaran bernilai RM23,200 serta mas kahwin RM9,300 dan sebentuk cincin nikah yang bernilai RM93,000. Majlis resepsi telah diadakan di Setia Alam Convention Centre yang dihadiri kenalan artis dan kenamaan.

Ketika itu, mereka juga telah menjadi polemik media apabila pasangan ini mengesahkan telah menerima kira-kira RM 13 Juta tajaan untuk perkahwinan mereka. Tajaan berikut daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding.

Hasil perkahwinan ini, pasangan ini telah dikurniakan sorang puteri pada 1 November 2014. Che Ta telah selamat melahirkan puteri beliau kira-kira 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang. Che Ta serta Zain telah menamakan bayi tersebut Aaisyah Dhia Rania Zain.

Menerusi instagram sebentar tadi, Che Ta telah memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan  kepada suami tersayang iaitu Zain Saidin. Pada tahun ini , mereka telah mendirikan rumahtangga selama enam tahun. Pasangan bahagia ini, sering mejadi perhatian umum kerana sering menggayakan pakaian yang cantik.

Baca perkongsian Che Ta di bawah :

” Happy 6th Anniversary sayang ! Bernikah dengan mu mungkin adalah jawapan terindah dari Tuhan, atas doa yang paling sederhana dalam setiap tahjudku.. Tuhan, aku hanya ingin bahagia bersama nya.. @zainsaidin23 .. “

Rata-rata peminat menyukai perkongsian ucapan dari Che Ta tersebut. Mereka juga turut serta mengucapkan selamat ulang tahun kepada Che Ta dan Zain. Antara komen-komen netizen :

” Sweet couple! Happy anniversary Che Ta & Zain. Moga bahagia hingga ke syurga.. “

” Sweet nya.. Simple and sweet.. Bershemuttt.. “

” Happy anniversary che ta & zain saidin.. Semoga kekal smpai syurga in shaa Allah aamiin2.. “

” I love this two couples.. Don’t care what people say they are my idol.. “

” Barakaalahu fiikum semoga menjadi keluarga yg sakinah mawwadah warrahmah.. “

” Happy Anniversary.. Moga kekal bahagia ke Jannah.. “

Alahai.. Bersemut skrin telefon ayat Che Ta untuk Zain.. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke- 6 kepada Che Ta serta pasanganya, Zain. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Syurga. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan,  by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..