” Adoi muka high confident level walaupun salah lirik.. “

Syatilla Melvin Buat Hal Lagi. Hanc0r Habis Lirik Lagu, Confirm Menang1s Tomok Dengar. Lawak Betul !!

Nama Syatilla Melvin bukanlah nama baharu dalam industri hiburan tanahair. Pemilik nama Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin ini dilahirkan pada 8 Februari 1991 di Parit Buntar Perak. Syatilla merupakan bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 yang mana dijuarai oleh Neelofa. Bermula dari situ, bakat seni Syatilla dicungk1l.

Syatilla melibatkan diri dalam dunia lakonan dan peragaan sejak tahun 2012. Jika ada yang menyedari, Syatilla adalah juara program realiti saluran TV9 , Gadis Melayu musim kedua. Bakat lakonannya mendapat pujian menerusi drama Julia, Ariana Rose, Dia Isteri Luar Biasa dan Selafaz Cinta. Nama nya juga bersinar menerusi drama Sha Shah gandingan bersama aktor Kamal Adli.

Syatilla mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi pelakon popular, Shaheizy Sam. Pernikahan mereka dilangsungkan pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahayamata diberi nama Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Syeriz dilahirkan pada 9 Mei 2017 manakala Sarima pula pada 16 April 2019.


Menerusi akaun Instagram, Syatilla Melvin telah muatnaik satu video dimana sedang menyanyikan lagu popular dari kumpulan Newboyz suatu ketika dulu. Syatilla menyifatkan lagu Sejarah Mungkin Berulang adalah lagu kegil4an nya dizaman muda remaja. Memang penuh penghayatan disaat menyanyikan lagu tersebut hinggakan salah lirik pun tetap confident mukanya.

Jom tengok video dibawah :

” Ya Allah lagu favourite aku dari kecik!!.. “

” Dulu pakai tshirt new boyz sampai lus0h weii.. Memang betoi, sejarah mungkin berulang.. “

Rata-rata peminat nyata terhibur dengan aksi spontan Syatilla itu hingga kan penyanyi asal lagu itu Tomok turut sama memberi komen. Antara komen-komen peminat :

” Boleh duet ni… Ready?.. ”

” @samtilla daH ready belum.. Tu @tomokofficial ajak duet tu.. “

” @tomokofficial fuhhh~ bubuuuu @samtilla ada org ajak duet tuuu.. “

” Aku salah seorang saksi tengok ang pakai baju tu sampai lusuh.. “

” Adoii.. Muka high confident level walaupun salah lirik.. “

” Samaaaa.. Lagu zaman sekolah. “

” Tak tahu nakk gelak macam mana lagi.. Kelakor habis.. “

” Ya Allah jarang tak terhibur.. “

” Tersemboq semboq ayaq liyoq.. “

” Weii awat aku terikut hang nyanyi sekali ni.. Walau pon salah lirik.. Pun4hhh.. “

Syatilla memang tak pernah tak lawak. Tiap kali beliau meninggalkan kapsyen di akaun Instagram nya, pasti peminat akan terdek4h-dek4h ketawa dek kerana lawak dan aksinya. Beruntunglah Shaheizy Sam ada isteri yang perangai gil4-gil4 macam ni. Mesti rumah sentiasa meriah dengan hilai tawa.

Kami di Berita Kopak mendoakan moga Syatilla sentiasa berbahagia dengan keluarga tersayang dan maju di dalam karier nya.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syatilla Melvin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..