” Tu dia bilik toys dia. Banyaknya toys Aisya.. ” – Netizen
Video Anak Datin Seri Umie Aida, Aisya Humaira Merangkak Dan Bermain Dengan Kucing Namun Bilik Permainan Aisya Jadi Perhatian Netizen. Wow, Bukan Biasa-Biasa Bilik Mainan Dia !!
Aisya Humaira merupakan anak angkat buat selebriti Datin Seri Umie Aida. Aisya baru sahaja mencecah usia setahun baru-baru ini. Jika dilihat di akaun Instagram Umie Aida, beliau sememangnya sering berkongsi gelagat dan aktiviti Aisya.
Kecomelan Aisya sering menjadi perhatian di media sosial. Walaupun kehadiran Aisya tidak dirancang oleh Umie Aida namun Aisya merupakan amanah dan anugerah terindah buat Umie Aida dan suaminya. Aisya telah memeriahkan rumah tangga Umie Aida malah seluruh keluarganya.
Di usia setahun, Aisya sudah pandai merangkak dan berdiri. Nampaknya Aisya akan pandai berjalan sendiri tidak lama lagi. Umie Aida telah berkongsi video Aisya sedang merangkak sambil mengejar kucing. Menurut Umie Aida, Aisya akan merangkak dengan laju jika ternampak kucing peliharaan mereka.
Video tersebut telah dikongsikan oleh Umie Aida di akaun Instagramnya. Namun begitu, kucing tersebut dilihat tidak mahu mendekati Aisya. Makin Aisya mendekati kucing tersebut, makin jauh kucing tersebut lari. Alahai, kesian Aisya.
( Klik butang KANAN -> untuk gambar dan video seterusnya.. )
Gelagat Aisya mengejar kucing menghiburkan netizen namun bilik permainan Aisya turut menarik perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :
” Nnti da dpt kaki x larat ibu nk kejar.. “
” Bestnye indoor playground aisya.. Byknya toys aisya.. “
” Aisya main kejar2 dgn cat.. cian dia pnat,cat tk layan .. “
” Eee baik ada cik miaw.. bole aisya ikut.. “
” Besa aisya x suka kt org.. kli ni.. meow x suka aisya.. “
” Tudiaaaa bilik toys dia.. Kucing tu pun pandai nak main.. “
” Go aisya go.. hehe.. xpe.. kite dlu lg lambat jalan n merangkak, 2tahun dok ngensot2 lg punca bdn bam3 sgt.. haha.. “
Wah, nampaknya tak lama lagi Aisya mesti sudah boleh berjalan pula. Tetapi bilik permainan Aisya ni memang nampak seronok betul kerana terdapat bermacam-macam mainan. Beruntung sungguh Aisya. Semoga Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Umie Aida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..