Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Umum Jantina Baby Di Majlis Baby Shower

Gambar – Gambar Sekitar Majlis Baby Shower Fasha Sandha Yang Meriah. Wahhh Tak Sabarnya Nak Tengok Baby Fasha Nanti, Mesti Comel Macam Ibu Dia !!

Umum mengetahui Fasha Sandha kini sedang sar4t hamil anak pertamanya, hasil perkahwinan bersama aktor Aidil Aziz. mereka berkahwin pada tahun 2019. Sebelum ini Fasha Sandha pernah mengalami kegugoran. Fasha Sandha juga mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulunya bernama Jemaima dan Rayfal.

Pasangan romantis dan bahagia ini seringkali berkongsikan kisah kehidupannya di laman Instagram. Kehidupan Fasha kini nampak lebih bahagia dan tenang bersama suami dan anak-anak. Jemaima dan Rayfal juga sangat akrab dan manja dengan Aidil. Aidil sangat baik dan sporting melayani mereka.

Baru-baru ini Fasha telah membawa anak-anaknya pergi bercuti di Pulau Langkawi. Fasha seringkali membawa anak-anaknya bersama. Menurut Fasha, jika membawa anak-anak hatinya akan merasa gembira dan bahagia. Kebahagian dan keseronokan perlu dikongsi bersama.

Terbaru, terkini dan masih panas di Insta Story adik kepada Fasha Sandha, Elisya Sandha dan juga rakan baiknya, Rita Sosilawati telah berkongsikan gambar dan video sempena Majlis Baby Shower kakaknya itu. Kelihatan majlis tersebut sangat meriah dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Suasana menjadi lebih meriah ketika Fasha Sandha dan Aidil memecahkan belon yang tertulis Boy or Girl ?. Semuanya menanti dengan penuh deb4ran dan teruja. Apabila belon dipec4hkan, terjawablah sudah jantina bayi di dalam kandungan Fasha itu iaitu baby girl.

Di bawah ini kami kongsikan gambar-gambar sekitar majlis baby shower Fasha Sandha Yang dikongsikan oleh Elisya Sandha dan Rita di ruangan Insta Story milik mereka. Lets Check it out !!

Wah, mesti comel baby girl Fasha Sandha dan Aidil Aziz ni. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga bayi di dalam kandungan dan juga Fasha sihat-sihat selalu serta selamat untuk melahirkan. Apa yang penting sentiasa jaga diri dan makan makanan yang baik untuk bayi. Tahniah Fasha dan Aidil !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha, Elisya Sandha, Rita Sosilawati

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..