” Alahaii comel nau dedua ni. Saya bau nasi minyak Dato’ Seri Vida.. ” – Netizen

Kucaimars Kongsi Gambar Mesra Bersama Cik B Dengan Kapsyen ‘My Crush’. Wahhh Siap Ada Teddy Bear Dengan Bunga Lagi, Nampak Comel Je Couple Ni. Cik B Pun Ayu Je, So Sweet !! 

Menggunakan nama komersil sebagai Kucaimars, beliau mula dikenali kerana kemerduan suaranya. Pemilik nama Amirul Husyairi ini dikatakan memiliki suara yang seakan sama dengan penyanyi negara seberang, Ariel Noah. Sering membuat cover lagu, nyanyian lagu ‘Di Matamu’ mempopularkan nama Kucaimars.

Meraih jumlah tontonan yang tinggi, Kucaimars terkenal di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Banyak mendapat jemputan show di seluruh negara melonjakkan lagi namanya. Sehingga kini akaun Instagram Kucaimars sudahpun mengumpulkan seramai 393 ribu orang pengikut.

Terkini, Kucaimars keluar dengan lagu barunya berjudul Mudah Bagimu. Istimewanya untuk video muzik lagu ini, Kucai bergandingan bersama anak usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B. Wajah dan gaya Cik B yang cute yang ditampilkan dalam video ini menarik perhatian ramai.

Meninjau akaun Instagram Kucaimars, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan aksinya bersama Cik B. Dengan sekuntum bunga mawar di tangan, mereka nampak seperti pasangan kekasih. Amboi bukan main lagi. Macam sepadan je hehe.

Jom baca perkongsian di bawah :

Penampilan khas Cik B ini menarik perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Wah bukan kaleng-kaleng. Cik B tuu, mantap kucai.. “

” Part last tu quite nak4l eh kucai reject cik B.. “

” Hebat laaaa kucaimars … Sekali cekau cik b terus.. “

” Alahaii ,comel nau dedua nih. Saya bau nasi minyak Dato’ Seri Vida.. “

” Comel je bile down crush tol4k semua yg dye bg.. Haha bant4i kang.. “

” Sweet mv kali nii. Cik B comel sangat.. “

” Sape kata perempuan chubby ni xcantik, xcomel.. “

” Mak dia okay ke klau ambik cai jadi menantu dia.. “

” Wuishh padu la pickupline cai sejak dengan cik b ni . Aaaa jeles.. “

Comel sangat lakonan Cik B dan Kucai ni. Macam real je. Siap bunga dengan bear tu alahai sweet. Penampilan Cik B juga dipuji peminat. Apa pun, semoga video muzik Mudah Bagimu ini akan trending. Buat Cik B dan Kucai moga semakin maju dalam kerjaya masing-masing. Aamin..

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kucaimarz, Youtube Channel Kucaimars

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..