” Tu dia aihh, mask keluaran baru di pasaran.. ” – Netizen

Sharnaaz Ahmad Kongsi Gambar Jebat Jayden Pakai Mask Special. Amboi Jebat, Lain Betul Gayanya Mask Ni. Limited Edition !! 

Baru sahaja launching pembukaan kedai Bubblebee di Setapak usahasama Sharnaaz Ahmad bersama Shuib Sepahtu, Sharnaaz kelihatan gembira dan ceria sepanjang event tersebut. Turut mengatakan usahanya ini semata-mata untuk anak kesayangannya, Jebat Jayden.

Peminat pasti sedia maklum tentang hubungan Sharnaaz bersama isterinya Noor Nabila. Mengetepikan eg0 masing-masing demi kebaikan Jebat, mereka kini sudah berdamai. Sharnaaz juga kerap dilihat bersama Jebat berbanding dahulu.

Banyak gelagat Jebat dikongsikan Sharnaaz dalam akaun Instagramnya. Ada kalanya mereka bermain bersama dan ada kalanya hanya video call. Jebat anak yang comel dan mewarisi banyak raut wajah Nabila. Jebat juga ada peminat yang ramai.

Meninjau ruangan Instagram milik Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan beberapa keping gambar Jebat. Menyarung pampers di kepala sebagai mask, gelagat Jebat sangat mencuit hati. Amboi Baba dia, mask dah macam full face helmet pun ada. Boleh guna pakai idea Jebat ni. Hahaha..

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Gaya Jebat pakai mask ini meraih perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Fuhhh nampak stailo. comel je jebat.. “

” Tu dia aihh. Mask keluaran baru dipasaran.. “

” Kelakar laa jebat nih . so cute. Iklan paling win.. “

” Buat hal eh boss jebat jayden hahahaa.. buat hal comel.. “

” Bijak jebat jayden. Tak payah susah la nak beli mask for kids.. “

” Mesti mahal harga mask tu kan bang sharnaaz hahaha.. “

Cute sangat Jebat pakai mask special dia tu. Bukan setakat mulut hidung, habis satu kepala tutup terus. Menghiburkan betul Jebat ni. Apa pun, semoga Jebat membesar dengan sihat selalu. Buat Sharnaaz, tahniah atas pembukaan kedai baru dan moga dikurniakan rezeki melimpah ruah selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..