” Tortoise baba oiii, zaman kita je Ninja Turtle wei. Haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Jebat Jayden Memakai Kostum Ninja Turtle Berbual Dengan Babanya, Sharnaaz Ahmad Buat Peminat Terhibur. Ad0i Jebat, Habis Semua Watak Superhero Jadi Jah4t Ni. Tortoise Pun Boleh Lah Jebat !!

Baru sahaja beberapa hari yang lepas Sharnaaz Ahmad berkongsikan videonya bersama si comel, Jebat Jayden. Jebat yang pada ketika itu memakai kostum Ultraman berlagak menjadi Ultraman dan bermain bersama babanya ini.

Tidak hanya meminati Ultraman, malahan Jebat juga peminat setia superhero Spiderman dan turut mempunyai kostum ini. Berbagai ragam ditunjukkan oleh Jebat diiringi mulutnya yang petah bercakap itu. Meninjau akaun Instagram Sharnaaz, satu lagi video Jebat telahpun dimuatnaik.

Kali ini Jebat memakai kostum Ninja Turtle pula. Lengkap dengan topeng mukanya, Jebat mula berceloteh dan menggelarkan watak itu sebagai Tortoise. Alahai Jebat, ini kalau zaman baba orang panggil Ninja Turtle.

Boleh pula disuruh oleh Jebat supaya Sharnaaz turut menjadi tortoise sepertinya. Tidak hanya tortoise yang dikatakannya sebagai jah4t, malah Ultraman juga bertukar menjadi jah4t kerana ada membawa senj4ta. Ad0i Jebat, jauh betul akal anak kesayangan baba ni.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat comel oleh Jebat ini telahpun ditonton oleh lebih 93 ribu tontonan setakat ini. Antara komen-komen peminat :

” Tortoise baba oiii haha, zaman kita je Ninja Turtle wei haha. Bahan baru ni Jebat Jayden, naya naya.. “

” Hari hari lain character, so so adorable this little hero. Macam sungguh Jebat ni, lawak. Haritu spiderman pastu ultraman kali ni ninja turtle. alahai jebat, nasib hang lh dpt baba yg suka melayan.. “

” Soft spoken la Jebat ni, melting aunty tau. Lawak dan comel Jebat ni, macam macam costume dia, boleh buka muzium ni.. “

” Jebat awat la hang comey sangat, tortoise pun tortoise la Jebat oii. Baba kena beli costume raks4ksa tu baru boleh fight dengan Ultraman kenit.. “

” Semua hero dia tapau, comel lah Jebat. Tortoise pun bolehlah Jebat. Next Cicakman ok Jebat, Mesti lagi cute.. “

” Tortoise paling comel ni, tortoise pun boleh boy aihh. Jebat punya explain haha, tergelak dengar. Cute perangai Jebat ni.. “

” Comel sangat terkelip kelip nampak biji mata dia. So cute, lembut je dia bercakap. Tak pernah tak kelakar Jebat, love sangat.. “

Macam-macam akal si Jebat ni, buka sahaja mulut ada sahaja yang diperkatakannya. Memang tak bosan lah Baba melayan si cilik yang petah ni. Semoga Jebat sentiasa menjadi penghibur hati baba dan seluruh keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, IG Jebat Jayden 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..