” Tok Ti junior, nanti besar sikit boleh brduet dengan ibu okey.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Berlatih Vokal Dengan Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza. Wahhh Part Yang Masa Soprano Tu Bukan Main Lain Lagi Yer Suara Aafiyah, Comel Sangat. Untunglah Dapat Belajar Vokal Dengan Ibu Sendiri !!

Sebut sahaja nama Siti Aafiyah, pasti ramai akan terbayang wajah comel anak kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza dan ahli perniagaan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K.

Walaupun Dato’ Siti dan Datuk Khalid tidak mewujudkan akaun Instagram khas buat Aafiyah seperti anak-anak selebriti lain, namun video-video dan gambar-gambar Aafiyah sering dikongsikan di akaun Instagram Dato’ Siti sendiri atau pengasuh Aafiyah yang dikenali dengan nama Dayah Zubit.

Malah ada juga akaun Instagram yang diwujudkan oleh kelab peminat Dato’ Siti atau Aafiyah yang sentiasa berkongsi aktiviti si comel ini. Pastinya setiap kali posting tentang Aafiyah akan meraih banyak tanda suka dan komen yang menyukai gelagat comelnya itu.

Menerusi akaun Instagram Kelab Peminat Dato’ Siti iaitu ctdk.my, telah dikongsikan video Aafiyah yang sedang berlatih vokal dan nyanyian dengan ibunya. Video yang berdurasi kurang daripada seminit ini pernah dikongsikan di Instagram Story Dato’ Siti sendiri.

Dalam video ini, Aafiyah men1ru cara nyanyian yang diajar oleh Dato’ Siti. Amboi dah macam kelas vokal ibu dengan anak. Amboi part yang masa soprano tu pandai sungguh Aafiyah nyanyi.

Jom tonton video di bawah :

” Ya Allah comelnya.. ger4m tgk.. Wow… latihan vocal pulak… caya lah aafiyah.. “

” So cute Aafiyah ni. Bagusnya suara afiyah.. Comel nye.. “

” Tok Ti junior. Nnti bsar skit bleh brduet dgn ibu hokey.. “

” Waa.. latihan vocal pulak. Bijak betul Aafiyah ni.. sebiji muka ayah. tetap comel.. “

” Too cute am speechless, paling cute la ni. Sayang Aafiyah.. “

” Ya Allah comel sungguh. Sweet sangat afiyah, clever girl.. “

Bak kata pepatah, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Pasti Aafiyah juga akan mewarisi bakat nyanyian ibunya itu. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk.my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..