‘Mbah Gareng’, Lembu Terbesar Dan Terberat Yang Melebihi 1 Tan !

Video Mbah Gareng lembu Terbesar Dan Terberat Yang Mendapat Perhatian Netizen. Besar Tetapi Tetap Jinak Dan Mudah Dijaga. ‘Baik’ Je Tengok Dia…

Pasti ramai di antara kita di Malaysia yang jarang melihat lembu ternak yang besar melebihi ketinggian manusia normal. Biasanya lembu-lembu di sini hanyalah berkisar berat sekitar 200 kilogram hingga 300 kilogram sahaja. Dan jarang kita melihat saiz lembu yang sangat besar, mungkin bagi penternak lembu ianya sesuatu yang biasa dilihat tetapi bagi orang awam ianya pasti sesuatu yang luar biasa.

Baru-baru ini vir4l di Indonesia seekor lembu yang mempunyai berat yang luar biasa dan ketinggiannya yang melebihi ketinggian manusia. Kisah lembu yang diberi nama Mbah Gareng ini menjadi tul4r sejak beberapa minggu yang lalu di negara tersebut.

Sebuah portal berita di sana, okezone.com, menyebutkan Mbah Gareng mempunyai berat mencecah sehingga 1,130 kilogram iaitu melebihi satu tan. Tubuhnya yang besar dan otot yang kekar itu membuatkan Mbah Gareng digelar dengan gelaran ‘Sapi M0nster’ di Indonesia.


Sumber: Youtube Berkah Setia Farm

Dibesarkan di kandang lembu Berkah Setia Farm, Kampung Depokrojo iaitu di dalam wilayah Purworejo, Indonesia, Mbah Gareng mempunyai kulit berwarna kelabu dan ketinggian mencapai sekitar 2 meter diukur dari kaki sehingga ke benj0lan di atas tubuhnya.

Sebenarnya lembu dari jenis Peranakan Ongole yang mempunyai berat melebihi satu tan ini jarang didapati. ” Jika di Indonesia, boleh dikira tidak lebih dari sepuluh ekor yang mempunyai berat melebihi satu tan, dan Mbah Gareng ini adalah yang paling berat sekali “. Kata pemilik pusat ternakan Berkah Setia Farm bernama Setyo Hermawan seperti dipetik dari laman KRJOGJA.com, Rabu (22/07/2020).


Sumber: Youtube Berkah Setia Farm

Mbah Gareng telah dianugerahkan sebagai lembu terberat di Indonesia setelah dilakukan pemeriksaan ukuran dan timbangan oleh pegawai perternakan negara tersebut pada tahun 2019 yang lalu. Dikatakan timbangan dan tali pengukur yang dibawa tidak dapat menampung berat Mbah Gareng.

Sejak itulah, Mbah Gareng dicadangkan untuk memasuki pertandingan lembu di Jawa Tengah seterusnya mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan sebagai lembu terbesar dan terberat di Indonesia.


Sumber: Youtube Berkah Setia Farm

“ Mereka memberitahu ukuran Gareng sudah terlalu besar dan dicadangkan memasuki pertandingan, kemudian berjaya memenangi di Jawatengah dan kemudian di peringkat nasional, berjaya memenanginya. Dari situlah Mbah Gareng dinobatkan sebagai lembu tempatan terberat di Indonesia “. katanya.

Bagaimanapun tahun ini menurut pemiliknya, Mbah Gareng telah dibeli oleh seorang peniaga dari Jakarta dengan harga IDR100 Juta atau sekitar dengan RM29,000 untuk dijadikan k0rban Hari Raya AidilAdha dan sehingga artikel ini ditulis, Mbah Gareng telah selamat dik0rbankan pada satu majlis k0rban yang telah diadakan di Jakarta. Semoga Terus Sukses Mas !

Anda boleh melihat video Mbah Gareng di bawah ini

Terima Kasih Kerana Membaca. Silkan Share…

Sumber: Okezone,  KRJOGJA.com Dan Youtube Berkah Setia Farm

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..