” Thr0wback kisah lama, muka Oman dah merah tu. Tak terkata Norman, haha.. ” – Netizen

Video Dan Perkongsian Abby Abadi Bersama Memey Suhaiza, Erra Fazira Dan Norman Hakim Ketika Majlis Ilmu Buat Warganet Terhibur. Amboi Pandai Pulak Susun Ikut Nombor. Kaw-Kaw Mama Abby Menyakat Papa Oman Ni. Erra Dengan Memey Pun Sama Naik, Haha !!

Menerusi akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Abby bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim dan Erra Fazira ketika menghadiri majlis ilmu bersama Al Fadhil Ustaz Wadi.

Majlis ini dianjurkan oleh Erra. Seperti biasa, Abby memang suka menyakat Norman dan kapsyen Abby kali ini mencuit hati warganet. Elok sangat apabila keempat-empatnya tergabung, jadi kec0h dengan gelak tawa mereka.

Kata Abby, pada awalnya posing mereka susunannya berbeza. Namun selepas itu, Erra menyuruh menukar posisi mengikut nombor. Nombor apakah itu, hanya mereka-mereka sahaja yang tahu. Ini betul-betul mengimbau kenangan lamalah mama Abby.

Happy betul semua menyakat Norman lebih-lebih lagi mama Abby. Di ruangan komen, peminat mengatakan yang mereka pun turut tersenyum melihat telatah keempat-empat selebiriti ini ketika bergambar. Alahai memang sporting sangat semuanya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Abby ini telahpun mencatatkan ribuan likes daripada warganet. Antara komen-komen mereka yang dapat dikongsikan :

” Hahah terobekk kisah lama, muka oman dah merah tu heheh. Pandai lak suh susun ikut nombor tu haha.. “

” Kenangan hidup haha, comel betul la 4 ketul ni. Buat hal lah Norman Hakim ni, hehe.. bila wanita-wanita kenakan Norman.. “

” Amik aura positif mcm ni best taw.. lg2 ade ank2.. urusan dgn ank2 pun jadi mudah.. alhamdulillah.. dlu tgk abby ni serius.. tp lme2 tgk kuat menyakat.. “

” Mula2 bercinta n erra pastu Abby no2 n memey last hehe. sporting think positive life pun best jee.. tp paling best cite pasrah Teringt2 smpai skrg.. “

” Time kecoh2 tu tenggelam jap abg norman.. pmpn dan jumpa cnfrm kecoh.. haha suka tgk akak2 dan memey.. kk era maintain je dr dl.. slim melim.. cantek skmo.. “

” Alkisah pasrah haha… Ok redha bnda dh basi… hahaaĆ …. Tp 4 org ni org yg sgt berbakat dlm dunia lakonan.. “

” Masing masing sporting habis sampai Norman tak terkata haha. kelakar kelakar, kenangan mengusik jiwa saja ni haha.. “

Macam-macam ragam bila semua berkumpul, ada sahaja mama Abby hendak mengenakan papa Oman itu. Hah sampai tak terkomen papa Oman pada posting Abby kali ini, hehe. Apa-apa pun, ini hanyalah gurauan Abby dan yang lain serta sekadar untuk hiburan semata-mata.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi, IG Memey Suhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..