” Ingatkan Datin Alyah tadi, rupanya MUA Bellaz.. ” – Cepatberita

Video MUA Bellaz Sedang Menyanyi Sebuah Lagu Tarik Perhatian. Wow Bukan Sahaja Pandai Makeup, Rupanya Bellaz Ada Bakat Menyanyi. Sedap Suara Bellaz, Part Tarik Tu Memang Padu Lah !!

Nama jurusolek yang berasal dari Kedah, MUA Bellaz memang tidak asing lagi di media sosial. Boleh dikatakan kesemua video toturial makeupnya menjadi perhatian warganet. Hal ini kerana, telatah Bellaz ketika makeup sangat menghiburkan.

Meninjau di akaun Instagram Cepatberita telah berkongsi satu video yang memaparkan Bellaz sedang menyanyi di dalam tandas. Kedengaran Bellaz menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘Rela’ yang dinyanyikan oleh penyanyi asal, Inka Cristie.

Sambil menyanyi dan memegang telefon untuk merekod nyanyiannya di hadapan cermin, Bellaz kelihatan sempat tersenyum ketika menyampaikan lagu tersebut. Meskipun hanya menyanyi dalam keadaan gaya bersahaja, suara Bellaz sedap didengar.

Malah jika didengar ketika part Bellaz tarik dengan gayanya yang tersendiri, Bellaz bijak membawa kelainan pada bunyi asal lagu itu. Wow Bellaz, tak sangka selain berbakat dalam bidang makeup, Bellaz rupanya ada bakat menyanyi lah.

Jom tonton video di bawah ini :

Kejayaan demi kejayaan dilakarkan oleh Bellaz dalam kehidupannya. Daripada seorang jurusolek kampung, siapa sangka Bellaz sekarang sudah mengubah kehidupan daifnya dan kini bergelar seorang usahawan kosmetik yang berjaya.

Beberapa bulan lalu, Bellaz telah menimang cahaya mata keempatnya seorang bayi perempuan. Si kecil tersebut turut mencur1 tumpuan ramai kerana memiliki kecantikan seperti Bellaz dan namanya sangat unik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG cepatberita, muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..