” The struggle is real. Sampai kena k0rek mata tu, haha.. ” – Netizen
Video Telatah Anak Kembar Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sheikh Eusoff Dan Sophea Emelia Ketika Disuapkan Makanan Buat Ramai Terhibur. Hai Lah Eusoff, Buat Daddy Macam Playground Terus. Penyabar Betul Dr Sheikh Ni, Salute Lah !!
Bukan mudah untuk melayani kerenah anak-anak yang sedang membesar apatah lagi jika ianya anak kembar. Memerlukan kesabaran yang tinggi dan inilah yang selalu ditunjukkan oleh angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Meninjau akaun Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Dr Sheikh menyuap anak kembarnya, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia makan.
Kata Dr Sheikh, kedua-duanya senang makan dan kebiasaannya akan makan apa sahaja yang disediakan. Tetapi kali ini agak struggle untuk Dr Sheikh kerana telatah si kembar yang hendak bermain dahulu.
Lihat sahajalah video yang dipaparkan, boleh tahan las4k Eusoff. Habis dipanjat badan daddynya, daddy pun steady je kena k0rek mata dengan Eusoff. Makanan tetap disuap ke mulut anak-anak. Patutlah sampai 30 minit baru selesai makan, banyak main ye Eusoff.
Jom tonton video di bawah :
Video gelagat Eusoff dan Emelia ini mendapat perhatian daripada warganet. Kesabaran Dr Sheikh melayani si kembar mendapat pujian ramai dan antara komen-komen warganet :
” Sioknya mkn smbl explore, hihi.. klo anak sy papa dorg kena mcm ne em0si mak mentua tengok haha.. “
” Jangan sampai papa terapungkan kamu berdua. Kamu lupa papa angkasawan haha. The struggle is real, bagus doc sangat sabar dan tenang.. “
” Papa nya sgt berhati-hati dan cukup penyabar ni. Mana nak control makan, garfu, dan twins yang aktif.. “
” Ada lagi ke lelaki yang sabar bagi makan 1/2 jam mcm nie.. doc sheikh 1 dalam 100 kot.. Sampai kena k0rek mata tu haha, las4k betul.. “
” Kalau mak saya dah menjer1t sampai satu taman dengar…. kesabaran tu ada jual kat shopee tak hehe.. salute lah doc ni. penyabar betul.. “
” Ya Allah sabarnya doc ni. kalau saya dah jadi singa dah hehe. Cutenya lah E dan E ni, nak tanya dari mana datangnya kesabaran dr ni haha.. “
” Bila anak-anak tengok ayah seolah-olah itu playground dia haha. Emelia dok perati jaa Eusoff. dia pun nk ikut panjat lagu tu.. “
Bukan semua orang boleh bersabar seperti Dr Sheikh ini, mahu bertukar menjadi ‘singa’ dalam situasi sebegitu, hehe. Apa-apa pun, terbaiklah Dr Sheikh, sangat pandai mengawal emosi dan penuh kesabaran. Semoga Eusoff dan Emelia ceria selalu dan jadi anak yang soleh dan solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..