” Dia masuk laut tak pakai gas, akolokolo sampai ke bawah.. ” – Sharifah Shahirah

Video Sharifah Shahirah Menyakat Anak Dan Menantunya Ketika Mereka Datang Ke Stesen Radio Suria Buat Ramai Terhibur. Wah Untung Lah Menantu Dapat Mak Mertua Sporting Macam Ni. Confirm Meriah Rumah, Hehe !!

Minggu lalu, anak pelakon dan penyampai radio terkenal Suria FM, Sharifah Shahirah, Allisya Tahir telah selamat bernikah dengan jejaka pilihannya yang dikenali dengan nama Sham. Kemeriahan suasana majlis perkahwinan Allisya turut dikongsikan Sharifah Shahirah di akaun Instagramnya.

Terbaru, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera berkongsi satu video yang memaparkan anak dan menantunya telah datang ke stesen radio Suria. Selain Shiera, akaun Instagram radio Suria turut berkongsi video tentang kehadiran pengantin baru ini.

Dalam video tersebut, kedengaran Shiera meminta rakan-rakannya untuk membantu anak dan menantunya untuk menunjukkan tempat-tempat di dalam stesen radio Suria. Dalam video kedua pula, Shiera bersama Tayzo dan Pak Abu sempat beramah mesra bersama Allisya dan Sham.

Perkongsian video-video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang terhibur dengan kata-kata usikan Shiera terhadap menantunya. Sehingga kini video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain terhibur dengan telatah Shiera, ramai yang memuji sikap sporting Shiera melayan menantunya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kak Rara jadi mertua yang sporting dan baik sebab mertuanya, Datin Maria jugak baik dan sayang kan dia.. “

” Mentua happy, menantu happy, tu tandanya rezeki seluas lautan. Moga kekal bahagia hingga ke syurga.. “

” Hahahahaha lawak betul dengar Shiera menyak4t menantu, senyum je si menantu pun, comel dua2.. “

” Lawak lah Kak Rara cakap dekat abg Tyzo, terbant0t abg Tyzo nak bagi kata motivasi, hahahaa. Selamat pengantin baru Allisya.. “

” Hari tu husband sy dok cakap Anuar Zain dah kawin. Sy ckp bukan laaa. Pastu dia tunjuk gambar sanding hari tu, sakan la sy gelak.. “

” Untung ada menantu duduk pulau. Nnt pencen boleh ke sana trs. Hehe comel tengok Kak Rara sakat menantu.. “

” Kadang tgk mcm Anuar Zain, kadang tengok macam Tia Jinbara. Handsome menantu Kak Rara, manis senyuman dia.. “

Untung dapat mak mertua sporting macam ni, memang sentiasa ketawa lah jawabnya setiap kali berjumpa. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Shiera yang baru sahaja dapat menantu. Semoga perkahwinan Allisya dan suami akan berkekalan bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shieraijoy, suriamalaysia, tallisya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..