” Terus nampak macam 20an, cantik betul.. ” – Netizen

Penampilan Sharifah Shahirah Hasil Solekan Jurusolek Terkenal, Epie Temerloh Di Majlis Perkahwinan Anaknya, Tallisya Raih Perhatian Ramai. Wah Cantiknya Shiera, Nampak Lebih Muda. Eh Macam Shiera Pulak Yang Pengantinnya, Hehe !!

Meninjau ke akaun Instagram jurusolek terkenal Epie Temerloh, perkongsian beberapa keping gambar Sharifah Shahirah yang disolek sempena majlis perkahwinanan anaknya, Tallisya telah meraih perhatian ramai.

Shiera tampil sangat cantik dengan mengenakan persalinan berwarna putih dan nampak lebih muda daripada usia sebenarnya. Ramai yang memuji Shiera sehinggakan ramai menyatakan Shiera seolah-olah seperti pengantin.

Hasil solekan daripada Epie Temerloh ini sememangnya tidak pernah mengecew4kan. Ramai selebriti menggunakan khidmat jurusolek ini antaranya penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Che Puan Sarimah Ibrahim dan ramai lagi.

Untuk rekod, Tallisya merupakan anak sulung Shiera menerusi perkahwinan pertamanya bersama Jatt Ali. Tallisya mendirikan rumah tangga di usia 25 tahun bersama jejaka pilihan hatinya yang bernama Cham dan majlis berlangsung di Kuala Lumpur.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji solekan wajah Shiera yang nampak sangat cantik berseri. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cantik sangat.. ni pengantin ke mak pengantin. tp mekap tetap boommm.. Client lagend bersama mua lagend.. “

” Nombor syatuuu, cantik sangat hasil.. lawa terus, Cantik mat awok ni, kaloh dh pengantin nmpok gayenyeee.. “

” Peh cantik.. nampak muda terus.. cantik molek.. sapa yang pengantin ni.. sapa yang nikah ni.. lawa ter0k mak pengantin.. “

” Terlebih cantik macam pengantin baru dah.. Tak kira, nk ucp slmt pngantin baru jugak walaupun bukan sbb cantik sgt2.. “

” Huiii first time tengok kak rara tenang n posing sopan santun nieee… klu idok… ade je yg dibebelkan… anyways… kak rara makeup letopsss… “

” Cantik makeup kak shiera.. YaAllahhh cantikkknyaaaa Kakak aku sorang ni.. terletak elok.. tetap muda remaja.. “

” Cantik aihh Kak Rara .. Hok MNA akad nikah ni cmfius.. kalah pengantin nih. comel g1lerr.. Terus nampak mcm 20an…. Cantikkk betol.. “

Tahniah diucapkan kepada Shiera kerana menerima menantu buat pertama kalinya. Pastinya bertambah meriah keluarga Shiera dengan pertambahan ahli baru dalam keluarga. Semoga berbahagia selamanya buat kedua-dua mempelai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Epie Temerloh, Shiera Ijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..