” Kak Kepom ni buat hal, sengaja nyanyi lagu tu. Haha.. ” – TV3 Malaysia

Video Elly Mazlein Menyakat Dato’ Awie Dengan Menyanyikan Lagu Arni Nazira Dalam Rancangan Sumb4ng Suara. Hazama Pun Ikut Sama Masuk Air Macam Kak Lina Pom Pom. Sampai Tergelak Dato’ Awie Dibuatnya. Buat Hal Betul Kepom Ni, Hehe !!

Rancangan hiburan tv3, Sumb4ng Suara disiarkan setiap Sabtu pada jam 10 malam. Dihoskan oleh Elly Mazlein atau Kak Lina Kepom, ianya turut menampilkan Dato’ Awie dan Hazama sebagai juri untuk memilih siapakah juara bagi setiap episod.

Meninjau akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Kak Lina mengusik Dato’ Awie ketika Dato’ Awie memberikan komen tentang persembahan salah seorang peserta pada episod malam itu.

Kata Dato’ Awie, nyanyian peserta itu tidak dapat dirasakan keikhlasannya. Nah Kak Lina spontan menyanyikan intro lagu Arni Nazira berbunyi ‘ tiada kata dapat ku lafazkan ‘ sambil memandang ke arah Dato’ Awie.

Tergelak Hazama dan Dato’ Awie mendengar nyanyian Kak Lina ini. Amboi Kak Lina, ini memang lain macam betul menyakatnya. Sampai speechless Dato’ Awie dibuatnya, hehe. Hazama pun awalnya melar4ng Kak Lina menyanyi lagu ini, namun akhirnya Hazama pun turut sama-sama menyanyi.

Jom tonton video di bawah :

Kak Lina memang ada sahaja akalnya, lucu betul melihat reaksi Dato’ Awie itu. Untuk rekod, Dato’ Awie pernah mendirikan rumahtangga bersama Arni Nazira yang juga merupakan seorang penyanyi dan perkahwinan ini dikurniakan 2 orang cahayamata.

Macam-macam hal ye Kak Lina, Dato’ Awie pun sporting melayan sahaja perang4i g1la-g1la Kak Lina itu. Setiap minggu gamat dengan gelak ketawa 3 figura ini dan pastinya ini salah satu rancangan kegemaran ramai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tv3 Malaysia, IG Elly MazleinĀ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..