” Terkedip-kedip mata dia, comey.. “

Video Tik Tok Aaisyah Dhia Rana Memuk4u Mata Peminat. Cantik Macam Baby Doll Sangat Ni !!

Anak kepada pasangan romantis, Zain Saidin dan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana satu nama besar di kalangan anak-anak selebriti Malaysia. Walaupun baru berusia 5 tahun, kepopularitinya semenangnya tidak dapat disangkal lagi. Wajah kacukan Inggeris Melayu yang diwarisi dari ayahnya dan kecantikan ibunya sememangnya menjadi idaman ramai.

Untuk makluman, Aaisyah yang menggunakan akaun Instagram bernama aaisyahdhiarana111 yang mana mempunyai seramai 1.5 juta pengikut. Memandangkan Aaisyah adalah satu-satunya anak perempuan di dalam adik beradiknya, semestinya Aaisyah sentiasa dijaga rapi tidak kira samada ibu bapa nya atau abang-abangnya. Aaisyah mempunyai 2 orang abang bernama Ammar Affendy dan Aniq Ezra.

Persis anak patung, kelibat dan aksi Aaisyah sentiasa diburu peminat tanahair. Melihat kecomelan wajah Aaisyah adakalanya menjadi pengubat jiwa. Aaisyah yang sering melakukan pelbagai aksi menarik sememangnya membuatkan ramai yang jatuh hati. Wajahnya sejak dari lahir sehingga sekarang sering dikongsikan di laman sosial untuk tatapan peminat. Anak kecil ini dilahirkan pada tanggal 1 November 2014 dan digelar anak selebriti paling comel.

Menerusi akaun Instagram, Anas Zahrin memuatnaik video Aaisyah Dhia Rana sedang bermain applikasi Tik Tok. Masya Allah comel betul semua mimik muka Aaisyah. Memang tak pernah lekang dari mengukir senyum.

Jom tengok video dibawah :

” Korang rasa dia main henpon uncle Anas dia sebab apa? Sebab nak buat TikToklah. HAHAHAHAHAHAH!.. “

” Dia cakap dengan mak dia @rozitachewan1 kalau uncle Anas datang kene buat tiktok 9 videos. HAHAHAHAHA.. “

” Cuba korang tengok gelagat dia kat video ni. HAHAHHAAH.. Dia memang suka berangan macam mak dia.. Hahaha.. “

Rata-rata peminat nyata terhibur dengan aksi comel dari Aaisyah itu. Antara komen-komen peminat :

” Sump4h!!!!!! Comelllllllll sangatttttt!!.. “

” Oooo cute nya @aaisyahdhiarana111. Beautiful.. “

” Macam barbie doll.. “

” Hahaha ini cute sangat !.. “

” Terkedip-kedip mata dia, comey.. “

” Halahh halahhh comel jelaa Aaisyah nih… Patut Uncle Anas pun join dia bertiktok sekali.. “

” Aloh pasaipa la cantik sangat Aisyah ni.. Subhanallah… “

” Mashallah lain macam comel dia.. “

” Ya Allah…… Cantik comel aisyah nie…. “

” Baru tau mommy dia @rozitachewan1 suka berangan rupanya.. “

Siapa melihat pasti tidak akan berpaling muka dan pastinya mata akan terpaku melihat aksi Aaisyah ini. Aura si kecil ni boleh jadi melebihi aura ibunya pabila dewasa kelak. Gabungan yang cukup sempurna. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aaisyah sentiasa menghiburkan hati semua peminat tanahair dengan aksi dan wajah comel nya itu… Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anas Zahrin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Â