” Comel la Aafiyah tengok dia mengemas comell sangattt.. “

Rajinnya Siti Aafiyah Mengemas Pagi-Pagi. Rambut Mengerbang Pun Tetap Comel. Beruntung Datuk Siti Nurhaliza !!

Siti Aafiyah Khalid atau lebih dikenali sebagai Aafiyah merupakan anak pertama bagi penyanyi tersohor tanahair Datuk Siti Nurhaliza. Aafiyah yang membawa maksud pelindungan dari Allah ini sesungguhnya umpama permata yang tiada nilai nya pada pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Setelah 11 tahun melayari bahtera perkahwinan, hanya pada 13 Oktober 2017 negara digemparkan dengan berita kehamilan Datuk Siti. Sememangnya berita gembira bukan sahaja untuk pasangan ini malah juga untuk semua peminat yang sememangnya ternanti-nanti zuriat dari pasangan ini. Aafiyah dilahirkan secara pembedahan pada 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dengan beratnya ketika itu 3.55 kilogram.

Sejak awal kelahiran Aafiyah, dia bagaikan satu fenomena apabila rata-rata pasangan turut sama menamakan anak mereka sebagai Aafiyah. Aura yang sudah jelas terpancar sejak dari kecil lagi. Semakin hari, semakin bijak dan pandai Aafiyah dalam kehidupan seharian nya. Walaupun tidak mempunyai akaun media sosial nya tersendiri, tetapi peminat-peminat berusaha mencari dan terus mencari apa sahaja video berkaitan Aafiyah untuk dipaparkan di akaun Instagram masing-masing.

Menerusi akaun Instagram aafiyahkhalid, telah dimuatnaik satu video kelihatan Aafiyah sedang asyik mengesat kotoran-kotoran di sofa dengan tisu. Aksi comelnya menonyoh-nonyoh kotoran kelihatan sangat comel. Beruntunglah Datuk Siti Nurhaliza ada anak yang ringan tangan macam Aafiyah.

Jom tengok video dibawah :

” Rajinnya Aafiyah anak Ibu ni.. “ㅤ

Rata-rata peminat nampaknya terhibur dan teruja melihat kerajinan Aafiyah ini. Antara komen-komen peminat :

” Comeyyy laaa aafiyah.. “

” Comel la afiyah tengok dia mengemas comell sangattt.. “

” Aafiyah rajin.. “

” Comelnye.. “

” Comey sungguh dengan rambut dia camtu.. “

Sudahlah comel, rajin pulak tu. Beruntung sungguh ada anak seperti Aafiyah. Semakin meningkat usia, semakin banyak akal dan kerenah si Aafiyah ini. Yang pasti, peminat seluruh tanahair sentiasa ternanti-nanti segalanya yang berkaitan Aafiyah di tontonkan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada ibu dan ayahnya.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyahkhalid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..