” Teringat waktu ni nama saya diseru oleh Tuan Maszlee. G1gil kepala lutut… “

Isteri Ajak Shiro, Afifah Amin Kongsi Video Throwback Ketika Dr. Maszlee Menyebut Namanya Di Konti Radio. Wah, Bukan Biasa-Biasa Ni !!

Umum sudah mengetahui bahawa Dr. Maszlee Malik telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa pada 3 Januari 2020 yang lalu. Beliau juga merupakan ahli parlimen bagi Simpang Renggam, Johor.

Dr. Maszlee dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan beliau berketurunan Cina Hakka di sebelah ibunya manakala bapanya berketurunan Melayu. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Melayu Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur, Kolej Inggeris (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) dan Maahad Johor.

Dr. Maszlee pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah menulis beberapa buah buku. Sepanjang penglibatan beliau sebagai Menteri Pendidikan, beliau dikenali sebagai seorang yang mesra dan rajin membuat lawatan ke sekolah-sekolah serta bertemu dengan guru-guru dan murid-murid.

Menerusi akaun Instagram, isteri kepada Ajak Shiro iaitu Afifah Amin telah berkongsi satu video yang mana Dr. Maszlee pernah menyebut namanya ketika beliau dijemput menjadi tetamu undangan di Radio H0t FM. Dalam video berkenaan, Dr. Maszlee mengatakan yang beliau akan datang memantau ke sekolah tempat Afifah mengajar.

Afifah yang merupakan guru pendidikan khas meluahkan rasa sedihnya atas perletakan jawatan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.

Tonton video di bawah :

” Teringat waktu ni nama saya diseru oleh Tuan @maszlee .. Gig1l kepala lutut hehe. Terima kasih Tuan, saya sebagai guru pendidikan khas rasa berterima kasih kepada Tuan kerana memperjuangkan hak golongan 0KU menerima pendidikan yang sempurna seperti murid lain.. “

” Tapi sayangnya, sangkakan pan4s sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.. Apapun Selamat Maju Jaya Tuan. Anak-anak syurga ini akan sentiasa mendoakan Tuan.. Aminnnn.. “

Rata-rata netizen juga turut rasa terkesan dengan perletakan jawatan Dr. Maszlee. Antara komen-komen mereka :

”  Anak sy salah seorang pelajar ppki.. Terkesan sangat.. “

” Saya guru pendidikan khas juga turut rasa terkesan sgt2.. “

” Tue lah kak.. Dr maszlee tkde mcm sedih sgt sbb anak2 OKU ni bleh nmpk masa depan dek org berfikiran jauh mcm beliau.. “

” Rindu kan.. “

Beruntung sungguh Cikgu Afifah kerana namanya pernah diseru oleh mantan Menteri Pendidikan kita dahulu, Dr. Maszlee. Bukan biasa-biasa nama kita nak disebut oleh menteri. Tapi kalau admin pun mahunya gig1l kepala lutut bila tahu menteri nak datang memantau. Semoga Cikgu Afifah terus bersemangat mendidik anak-anak OKU hingga berjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Afifah Amin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..