” Pandai Meena jaga mama.. “

Datin Shahida Rashid Kongsikan Gelagat Anaknya, Ameena Menjaganya Dalam Pant4ng. Siapa Sangka Meena Akan Buat Macam Itu. Bagus Sungguh !!

Bagi pengikut setia Datin Shahida Rashid pastinya mengenali raut wajah jelita ini. Beliau merupakan isteri kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri Kemaruzaman. Datin Shahida juga turut bersama-sama suaminya itu dalam mengukuhkan empayar perniagaan mereka.

Umum mengetahui Datin Shahida telahpun mempunyai 5 orang cahayamata diberi nama Ammar Ahyan, Qadejah El Zehra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah. Beliau juga mengmabil seorang anak angkat dan kini sudahpun menjadi anak susuannya bernama Ameena Aliffsha atau mesra dipanggil Ameena.

Ameena yang kini sudahpun berusia 3 tahun adalah anak yang amat manis dan mudah dijaga. Terdahulu Ameena pernah mempunyai akaun sosial miliknya di bawah nama babyterlajaklaris namun sudahpun dipadamkan dek kerana banyak cerita dan respon tidak menyenangkan di kalangan netizen.

Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida berkongsikan sekeping gambar di mana kelihatan anak angkatnya Ameena sedang memicit kakinya. Dari raut wajah si kecil ini jelas kelihatan betapa sayangnya dia pada ibunya itu. Walaupun bukan dari rahim yang sama namun susu yang mengalir di tubuh Ameena membuat ikatan kasih sayang mereka utuh.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Ni la Confinement lady yang jaga saya ketika berpant4ng !!! Hari-hari datang pic1t kaki.. “

Rata-rata netizen memuji sikap anak kecil ini. Antara komen-komen netizen :

” Alalaa.. Baiknya Meena. Pandai dia ambil hati untuk orang sayang dia. Budak baik.. “

” Pandai bawa diri dan baik budaknya Alhamdulillah syukur kepada Anugerah terindah ini.. “

” She is such a darling girl.. “

” Meena good girl.. “

” Pandai meena jaga mama.. “

” Alhamdulillah.. Meena nii sayang sangat dengan datin.. Kecik lagi dah prihatin dengan ibunya… “

” Baiknyaa anak dara niiii.. Semoga membesar dengan bijak ye meena.. “

Syukur ada anak yang prihatin dan penyayang seperti Ameena. Walaupun masih kecil, namun hatinya besar dan penuh dengan perasaan sayang dan belas kasihan. Kami di Berita Kopak mendoakan moga Ameena membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi insan yang berguna. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..