” Terima saya sebagai menantu ayah, Aeril Zafrel.. “

Muatnaik Gambar Bersama Anaknya Hayla, Tapi Ada Yang Dah C0p Nak Jadi Menantu. Tak Sangka Ini Respon Aeril Zafrel. Ad0iii.. Serius Kelakar !!

Pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian di media sosial ialah Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Pasangan ini merupakan antara pasangan paling romantik kerana sering berkongsi gambar dan video mereka yang begitu ‘sweet’ sekali di akaun Instagram masing-masing.

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari merupakan seorang pelakon dan juga model. Bapa angkat Aeril iaitu Allahyarham Khairil Khamis yang bertanggungjawab membawa Aeril ke persada seni. Bapa angkatnya juga seorang pelakon dan penyanyi terkenal era 80an.

Beliau membawa Aeril ke dunia lakonan menerusi drama Permata Hati Mama  pada tahun 2006. Aeril telah berkahwin dengan Wawa pada tahun 2015. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.

Menerusi akaun Instagram, Aeril memuatnaik gambar anaknya Hayla sedang membutangkan bajunya. Aeril menulis kapsyen seolah-olah Hayla sedang melatih dirinya untuk membutangkan baju suaminya nanti. Amboi Hayla, bagus sangat !!

” Dah practice nampak… “

View this post on Instagram

Dah practice nampak…😅😅

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap gambar tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Comel lah dua beranak ni.. “

” Ala comelnya.. Practice make perfect.. “

” Dah matang nampak.. “

” Habislah bapak lepas ni dok soal siasat.. Dok mana keje apa.. “

” Pejam celik dapat menantu dah nanti.. “

” Dah boleh nampak future wife.. “

Namun terdapat seorang netizen yang berani komen gurauan pada Aeril. Namun respon daripada Aeril memang win :

Ad0i, kelakar sungguh respon yang diberikan oleh Aeril. Nasib baik netizen tersebut boleh jawab dengan tepat. Agak-agak lulus ke tak tu nak jadi menantu ?

Untuk pengetahuan, soalan Aeril kepada netizen tersebut merujuk kepada video yang tul4r berkaitan dengan seorang pemuda yang meminta derma dari rumah ke rumah. Pemuda tersebut telah disoal siasat oleh tuan rumah dengan soalan sebegitu untuk memastikan bahawa lelaki tersebut benar-benar tidak men1pu dalam mengutip derma. Sempat lagi Aeril kan ? Hehehe..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..