” Uish ! Boleh masuk Asia’s Got Talent ni Dato’.. “

Dato’ Fazley Yaakob Kongsi Video Anak-Anaknya Menari Di Airport Buat Netizen Terpuk4u Melihatnya. Wah, Hebat Sungguh Tarian Mereka !!

Penyanyi dan pelakon yang popular sekitar tahun 2000 an iaitu Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob sudah lama tidak muncul di kaca TV sebagai penyanyi atau berlakon. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1995 ketika berusia 17 tahun.

Beliau pernah menyertai pertandingan Master Chef Selebriti Malaysia pada tahun 2012 dan telah dinobatkan sebagai juara. Kejayaan tersebut membuatkan beliau berusaha untuk mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari. Hasilnya, beliau telahpun lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris).

Fazley telah mendirikan rumahtangga dengan Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2006. Mereka dikurniakan seramai empat orang anak iaitu tiga anak lelaki dan seorang perempuan. Nama anak-anak mereka ialah Ahmad Fariedz Shah,  Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

Menerusi akaun Instagram, Fazley berkongsi video anak-anaknya sedang menari di tempat awam iaitu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Melalui kapsyen Fazley, beliau memohon maaf jika terlihat anaknya menari sebegitu kerana mereka tidak boleh mengawal diri daripada melakukan sedemikian. Alahai comel je aksi mereka.

Tonton video di bawah :

” Buat mereka yang terlihat dua orang budak lelaki ini.. maafkan mereka ya. Kerana mereka tak boleh kawal diri daripada menari di tempat2 awam @fieradzfazley @fierudzfazley “

Rata-rata netizen berasa kag0m melihat anak-anak Fazley menari. Mereka seperti mempunyai bakat untuk menjadi penari. Antara komen-komen netizen :

” Abang jgn t1ru bang. Ser4m sejuk org nnt. Hahaha.. “

” Luaskan kuasamu anak2 sekalian.. “

” Ni yg dikata budak2 cute mereka lakukan… org tua budak melu4t tengok.. “

” Haha.. budak 2… menari aje pun, bukannya nakal melompat ke, terlari lari ke, terpek1k terpekau Dato…. Good Job boys… pandainya menari.. “

” Hahaha comel suka tgk “

” Uish! Bole masuk asia’s got talent nie Dato’.. “

” Mmg trend budak skrg.. my sons pun sama.. “

Wah, pandai juga Fieradz dan Firudz menari. Nampak macam menarik je kan. Menurut netizen, tarian ini sudah menjadi trending budak-budak zaman sekarang kerana ramai anak-anak mereka juga tahu menari sebegini. Erm, admin pun baru tahu…..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Fazley Yaakob by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..