” Terima kasih tau Mummy Memey Suhaiza bantu Mama.. “
Memey Suhaiza Berikan Susunya Untuk Bekalan Stok Buat Anak Abby Abadi, Baby Danial Sepanjang Peninggal4n Mereka Pergi Menunaikan Umrah, Buat Ramai Yang Tersentuh. Baiknya Memey !!
Bintang drama Gerak Khas, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 27 September yang lalu. Sebelum ini, Abby pernah mengalami kegug0ran pada tahun 2016 ketika berada di Madinah.
Selain itu, pada tahun 2017 beliau sekali lagi disahkan hamil, namun sekali lagi mengalami kegug0ran pada waktu kandungannya mencecah lima bulan, bayi yang dikandung meningg4l di dalam perut. Pada awal tahun 2019, Abby disahkan hamil sekali lagi. Beliau telah dimasukkan ke h0spital atas sebab mengalami tekanan dar4h sangat tinggi.
Ketika berada di hospital, beliau juga telah mengalami tumpah dar4h dan pembed4han terpaksa dibuat untuk menyelamatkan anak dan ibu. Bayi tersebut selamat dilahirkan dengan berat 535 gram dalam usia kandungan baru mencecah 23 minggu dan telah diberikan nama Muhammad Danial Firman.
Namun, bayi tersebut terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi Naenotal (N1CU), Hopital Sungai Buloh. Kini, Muhammad Danial telah berusia 69 hari dengan berat 974 gram. Abby dan Faizal, telah yang mendirikan rumah tangga pada sekitar tahun 2015 dan mereka turut mempunyai dua orang anak angkat yang bernama, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi instagram, Abby Abadi, telah berkongsi gambar dan ucapan terima kasih kepada Memey Suhaiza setelah membantu beliau mengumpul stok susu untuk anaknya Danial sepanjang mereka berada di tanah suci selama sepuluh hari.
Baca perkongsian Abby Abadi di bawah :
” Setelah berkira2, Stok susu yg ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10 hari, InshaALLAH .. “
” TQ tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama. Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc. Katalah 1 plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH.. “
” Dah 69hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974gram kerana ada kompl1kasi pada hati, tapi Mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang.. “
” Mama Abah, Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin.. “
Rata-rata peminat mendoakan semoga Muhammad Danial Firman akan terus kuat dan mendoakan semoga segala urusan Abby Abadi menunaikan umrah dipermudahkan. Antara komen-komen netizen :
” Amin amin.. smoga bby D mkin shatt dan membesar dgn baik.. “
” Aamiin…semoga bby Danial sht n kuat insyallah.. “
” Aamiin. semoga trs kuat bby danial.. “
” Bismillah… Insya Allah dengan izin Allah swt baby Danial sehat waalfiat.. Aamiin.. “
” Aamin insyallah semoga dipermudahkan semuakan semua nya.. semoga baby daniel terus kuat..”
” Baby D kuat. In sya Allah baby akan terus kuat untuk balik rumah jumpa happy family.. “
Baiknya Memey.. Abby juga berkata sepanjang akan berada di Mekkah, beliau akan sentiasa memantau dan bertanyakan perkembangan anaknya Muhammad Daniel kepada pihak hospital. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga Danial terus kuat dan urusan Abby Abadi mengerjakan umrah dipermudahkan. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..