” Dia kalau buat perangai memang aku kena redha.. “

Nubhan Kongsi Video Dirinya Disolek Oleh Isterinya Menghiburkan Netizen. Part Akhir Tu Lawak Habis. Amboi Tiba-Tiba Jadi ‘Sotong’ Pula !!

Sudah lama Nubhan tidak muncul di kaca TV. Pastinya masih ramai lagi ingat dengan Nubhan yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut. Beliau bersama Stacy, Riz, Toi, dan Nadia semasa menyertai Akademi Fantasia.

Nama sebenar Nubhan ialah Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad. Beliau yang berasal dari daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik. Nubhan mempunyai suara yang gemersik mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam muziknya.

Album sulungnya berjudul Langkah Nubhan telah dilancarkan pada bulan Disember 2010. Antara lagu Nubhan yang popular pada masa itu ialah Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati serta sebuah lagu mandarin “Ai Mei Chuo”.

Menerusi akaun Instagram, Nubhan berkongsi videonya bersama isterinya ketika di dalam kereta. Menurut Nubhan apabila isterinya mula buat perangai, beliau akan layankan sahaja. Kali ini isteri Nubhan ingin menyolek wajahnya. Apa pun, Nubhan redha kan sahaja. Sweet sangat !

Tonton video di bawah :

” Dia klu buat perangai mmg aku kna redha.. “

View this post on Instagram

😑😑😑 @drfie_fierce #taktahan

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad) on

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat suami isteri ini. Antara komen-komen mereka :

” Good looking couple.. sama cantik dan handsome.. mcm korean muslim.. “

” Hahahahahaha apakah ini kak Nubhan muncul plak.. “

” Blh jd pelakon la saya rasa .. bahagian auwww tu mmg menjadi.. “

” Hihi.. comey je couple ni.. mga till at jannah.. “

” Hahahahahaha. Mcm prmpuan gat4l je nubhan part last tu.. “

” Hahahaha kang pia x ngaku aku bapak dia.. “

” Ending part amboi.. “

Alahai, nampak sweet sangat pasangan ini. Part akhir tu memang kelakar sangat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga hubungan pasangan ini berkekalan sehingga akhir hayat. Semoga Nubhan dan isteri sentiasa berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nubhan Ahmad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..