” Ya Allah.. Ger4m nak mintak gig1t dua-dua ni.. “

Aksi Anak Cik Piah, Adam Malique Dan Nuh Aryyan Menghiburkan Ramai. Nyanyi Lagu Apa tu Adik !!

Siapa tak kenal pemilik suara lunak, Cik Piah. Penyampai radio popular ini mula bertugas di Suria FM pada bulan Mac yang lalu setelah 8 tahun berkhidmat di Sinar FM. Cik Piah juga pernah bergelar penyampai radio di konti Era FM dan XFM. Mempunyai bakat mengajuk suara penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza membuatkan peminat tertunggu-tunggu suaranya di corong-corong radio.

Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiya Iskandar Azizan di lahirkan pada tanggal 5 Februari 1989. Anak kelahiran Pasir Gudang, Johor ini merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Selain nama komersil Cik Piah, turut dikenali sebagai Feeya Iskandar. Cik Piah juga aktif dalam menjadi pengacara majlis, pelakon dan usahawanita. Feeya Beauty Foundation merupakan produk kosmetik keluaran Cik Piah.

Cik Piah menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka bertuah bernama Nurashid Abd Wahid. Mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015, mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 6 Mei 2016. Hasil pekahwinan ini, Cik Piah dikurniakan dua orang anak lelaki yang diberi nama Adam Malique Dan Nuh Aryyan. Menggunakan nama feeyaiskandar sebagai akaun Instagram peribadinya, sehingga kini Cik Piah mempunyai 606,000 pengikut.

Menerusi akaun Instagram, Cik Piah memuatnaik klip video dimana kedua-dua anaknya Adam dan Aryyan seronok menyanyi dan berj0get lagu kanak-kanak Mengantuknya Mumia. Aksi menari mereka amat mencuit hati diiringi nyanyian yang pelat membuatkan sesiapa yang mendengarnya pasti terhibur.

Jom tonton video dibawah :

” Terima lah persembahan kami. Mengant0k mengant0k.. Ye nak mak ko dah mengant0k.. Esok kerja. Dah jom tido !! “

Rata-rata peminat nyata terhibur. Antara komen-komen peminat :

” Comel nyee malique.. Ger4m tengok.. “

” Dey dey tanya lagu apa tu.. “

” Ger4m sungguh la tengok si adam tomei tu.. “

” Ya Allah… Ger4m nak mintak Gig1t dua-dua ni.. “

” Haihhh dua org teletub1es ni.. “

” Adam buat senaman bangun duduk ye.. Hehehe.. Comel je dua org ni.. “

” Beras cap ape makan ni.. Ya Allah kusssssssssss semangat.. “

” Hahaha ini mesti liat nak pergi tidur kan, terhibur betul anak-anak ni.. “

” Ya amp0n.. Ateh meja besaq na.. Baguih lah depa.. Huhuhu.. “

” Ger4mnya tengok abang tu, dapat gig1t ni sedap ni.. “

Beruntunglah Cik Piah ada anak-anak yang suka menghiburkan hati. Tidak hanya comel, Adam dan Aryyan banyak keletah dan akal. Memang akan tengok berulang kali setiap video aksi dua beradik ni. Tersangat comel dan cara Cik Piah melayan dan bercakap dengan kedua-duanya juga lucu dan menghiburkan.

Kami di Berita Kopak mendoakan moga Adam Malique dan Nuh Aryyan membesar dengan sihat dan Cik Piah akan terus berjaya dalam kerjaya.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IGĀ  Feeyaiskandar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..