” Terbaiklah part last. Puas hati aku.. “

Lagu Achey Terbaru ‘ Sak1t ‘ Membawa Pengertian Yang Mendalam. Mantap Kau Achey. Melawak Pun Boleh, Menyanyi Pun Semp0i. Layanzz..

Achey Bocey atau nama penuhnya, Mohd Nasir bin Hamzah merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara di Malaysia. Beliau juga merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3 pada tahun 2013. Beliau berjaya mengatasi kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara.

Pada November 2013, Acey juga menyertai kumpulan Bocik dan diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan kumpulan Shiro selaku naib juara.

Selain kebolehan dalam bidang melawak,  Acey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau mengeluarkan single pertamanya iaitu,  Yang Terindah pada hujung oktober 2017 yang lalu dan yang menariknya, lagu ini didedikasikan khas buat isterinya. Pada 2018, Achey mengeluarkan satu lagi lagu bertajuk Anak khas buat anaknya, Tiara.

Menerusi youtube, lagu terkini dari Achey, berjudul ‘Sak1t’ telah telah diperdengarkan oleh Seventen Eleven Music Sdn Bhd. Lagu tersebut telah ditonton melebihi 700 ribu orang dan kini berada tangga ke-4 trading youtube yang hanya baru dua hari disiarkan di youtube.

Rata-rata netizen memberikan komen tentang lagu ini dan mengimbau kembali pengalaman masing-masing. Antara komen-komen tersebut :

” Same like me last time..  kena tinggal sbb kerja x diganti.. masa de kerja tetap punya syg… lepas x de kerja.. tgh mencari kerja lain… dia simpan sorang kat belakang… tp alhamdulliah skg de yg support dari belakang aku.. “

” Hahahah terbaikla part last.. puas hati akuu.. “

” Sape kata orng yang pakai moto ni tkde masa depan ade sesetengah yang pakai moto ni lagi bnyk duit daripada orng yng ade kereta sbb kitaorng lebih bnyk simpan duit untuk mendapat kan sesuatu dlm kepala.. sekian terima kasih..

” Terbaikk boss,sape ckp mat motor tkde masa dpan.. haha s1ap besar boss tinggalkan..
Btw sape suka music video ni kasi like ye.. tq .. “

” Terbaik achey.. lirik lagu mcm kisah hidup aku yg dulu… “

” Tq achey.. Sebijik mcam kisah aku dulu.. Masa aku naik honda petak aku ditinggalkan atas alasan aku x mampu jaga dia.. bagi dia makan kononnya.. Bila aku dah dpt keja tetap.. Aku mampu beli kereta.. dan2 contact aku balik.. Mtk maaf masa ni aku dah berpunya.. aku bahagia walaupun x kawin dgn pmpuan macam hang.. “

Dengar pun dah mengalir air mata.. layan betul lagu ‘Sak1t’. Membawa 1000 makna kepada siapa saja yang pernah ada pengalaman seperti ini. Kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah Achey atas pelancaran lagu baru beliau ini. Semoga Achey berjaya dalam bidang nyanyian dan di murahkan rezeki sentiasa. Amin.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE.

Sumber : IG Achey , Youtube Seventeen Eleven Music by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..