” Comelnya. Bijak bercerita, siap dengan pungg0ng sekali melintuk-liuk.. “

Video Gelagat Siti Aafiyah Bercerita Kepada Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza Menghiburkan Netizen. Adoi, Buat Orang Gelak Je Dia. Kelakar Habis !!

Sebut sahaja nama Siti Aafiyah, pastinya ramai yang mengenalinya. Populariti Aafiyah sudah setanding seperti ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Gelagat Aafiyah sering menarik perhatian di media-media sosial. Kecomelan Aafiyah yang mirip seperti ibunya sering menjadi bualan netizen.

Aafiyah tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri seperti anak-anak selebriti lain, namun Aafiyah tetap mempunyai ramai pengikut. Gambar-gambar dan video-video Aafiyah sering dimuatnaik di akaun Instagram ibunya dan beberapa akaun Instagram yang diwujudkan oleh peminat-peminat.

Aafiyah kini sudah pun berusia hampir 2 tahun. Kehadiran Aafiyah menceriakan kehidupan Dato’ Siti dan suaminya. Ini kerana penantian mereka selama 10 tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir setelah lahirnya Aafiyah. Aafiyah merupakan anugerah terindah buat mereka sekeluarga.

Menerusi akaun Instagram, satu video telah dimuatnaik memaparkan Aafiyah sedang sibuk bercerita sesuatu kepada ibunya, Dato’ Siti. Gelagat Aafiyah bercerita sambil membuat gaya telah menghiburkan hati sesiapa yang melihatnya. Tetapi apa yang Aafiyah ceritakan itu hanya Aafiyah sahaja yang faham.

Tonton video di bawah :

” Bila Aafiyah bercerita.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aafiyah bercerita. Antara komen-komen mereka :

” Afiyah menari apa tu.. Kiut la… Sayangg.. “

” Comelnye… Bijak bercerita, siap dgn pungg0ng sekali melintuk liuk. Adoii buat org gelak je dia.. “

” Keletahnya Aafiyah ni, ger4m. tgk gelagat dia. “

” Penuh penghayatan… bijak sungguh siti aafiyah ni.. “

” Ger4m aihhh mummy tgk telatah aafiyah ni rasa nk je ggt² bont0t.. “

” She’s so cute…!! Cerdiknyo…  Tinggi doh Aafiyah… “

” Cerdik & comel lh budak aafiyah ni.. ger4m btul lh.. “

Wah, pandainya Aafiyah bercerita. Macam ada bakat jadi pelakon je. Apalah yang begitu bersemangat Aafiyah ceritakan itu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..