” Sweet laa. Haha tapi lawak.. “

Video Shaheizy Sam Membuat Kej0tan Buat Isterinya, Syatilla Melvin Menggeletek Hati Netizen. Part Mangkuk Makanan Kucing Tu Lawak Habis !!

Pelakon yang menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990- an iaitu Shaheizy Sam bin Abdul Samad merupakan adik kepada Zizie Izzete. Kemunculan pertama beliau dalam bidang lakonan ialah pada tahun 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi.

Seterusnya, nama Sam melonjak naik dalam bidang perfileman melalui filem kontroversi B0hsia : Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010-2014). Sam merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Ibunya juga seorang pelakon dan dramatis terkenal iaitu Khaty Fudziah Musa.

Tiga lagi adik-beradiknya turut terlibat dalam bidang seni iaitu salah seorang abangnya Ahmad Shah Al-Jeffry,Zizie Izzete dan Samzy Fuzette. Sam telah berkahwin dengan seorang pelakon bernama Syatilla Melvin pada 8 Februari 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua orang anak yang comel.

Menerusi akaun Instagram, Sam berkongsi video mengenai kej0tan yang beliau lakukan kepada isterinya. Sam memasak menu istimewa untuk santapan isterinya dan anak-anak. Kej0tan beliau berjaya namun respon yang diberikan oleh isterinya, Syatilla memang win habis.

Tonton video di bawah :

” SURPR1SE!!! Seorang suami kena hargai seorang ISTERI, IBU dan … Tak kisah la dengan cara apa sekalipun.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” “Bukan slalu apa.. ni 1st time…” hahaha.. mangkuk bg mkn kucing tu lawak…. “

” Hahaha…. padu bosku ,.. “

” Sweet gittew.. “

” Sweet laa. Haha tpi lawak.. “

” Ooooo.. Ini lah yang lama sangat @samtilla dok tunggu tu surpr1se rupanyaa.. “

” Ada mkna rsa mamak tu.. hahaha.. “

” Telur goreng je lah yang masaknya.. “

” Lepas pecah telur terus jadi gulai ayam.. “

Ramai netizen tidak percaya bahawa Sam yang memasak kesemua juadah yang disediakan. Tambahan pula apabila video yang dirakamnya cuma menunjukkan beliau menggoreng telur sahaja. Namun begitu, usaha Sam untuk menggembirakan isterinya berjaya walaupun rupanya baru kali pertama beliau memasak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shaheizy Sam by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..