” Terbaik lah, suara sedap bro.. ” – Netizen

Video Ella Berduet Menyanyi Dengan Suaminya, Kapten Azhar Di Sebuah Majlis Raih Pujian Netizen. Wow Sedap Suara Kapten Azhar. Sweet Betul Tengok Pasangan Ni !!

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Aminuddin antara penyanyi yang sudah lama bertapak dalam dunia nyanyian. Ella juga turut mendapat gelaran sebagai Ratu Rock Malaysia sehingga lah ke hari ini.

Meninjau di akaun Instagram milik suami Ella, Kapten Azhar telah memuatnaik satu video terbaru yang memaparkan Ella dan Kapten Azhar telah hadir ke sebuah majlis. Dalam video tersebut pasangan ini telah membuat persembahan nyanyian secara berduet.

Nyanyian Kapten Azhar membawa lagu bertajuk ‘ Fikirkan Boleh ‘ telah menarik perhatian netizen. Ada salah seorang telah menyatakan yang suara Kapten Azhar sedap didengar dan tidak menyangka Kapten Azhar mampu menyanyi dengan baik.

Selain itu, gaya pasangan ini menyanyi berduet juga dikatakan comel dan sweet. Sehingga kini, video nyanyian Ella bersama Kapten Azhar telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan netizen dan ramai yang menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Terbaik lah, suara sedap bro.. Bila pilot kita bernyanyi terus padu dengar. Comel tengok pasangan ni berduet.. “

” Woww suara boleh tahan.. Steady-lah Capt, caya-lah.. Kau memang boleh, hehe.. Suka tengok Capt n Ella, sweet.. “

” Rock & Roll.. Lawa ter0k Ella.. Nyanyian pun maintain sedap.. Terbaik lah suami isteri boleh menyanyi.. “

Wow best mendengar pasangan ini menyanyi bersama, sudah macam konsert pula. Sedap suara Kapten Azhar apabila menyanyi. Bagi yang mengikuti akaun Instagram Kapten Azhar ini, pasti mengetahui yang Kapten Azhar memang suka menyanyi.

Untuk sekadar rekod, Ella dan Kapten Azhar atau nama penuhnya Azhar Husaini Ghazali telah lama mendirikan rumahtangga. Kehidupan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran anak angkat bernama Shanome Az Zahra yang dijaga mereka sejak kecil lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG azharzzs, ellaaminuddins

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..