” Mesti Mak Iti pen1ng melayan 2 ketul menantu yang masuk air ni, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Izara Aishah dan Tya Arifin Membuat Gaya Selfie Mencuit Hati Warganet. Alahai Riuh Apabila Dua Biras Ni Bergabung, Macam-Macam Gaya Yer. Dua-Dua Cantik, Macam Kembar Pulak !!

Izara Aishah dan Tya Arifin merupakan menantu-menantu kepada Dato’ Seri Khalid Jiwa dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Kedua-duanya memiliki kecantikan tersendiri yang membuatkan ramai yang memuji wajah Tya dan Izara.

Walaupun hanya biras, namun Izara dan Tya sangat akrab. Ada sahaja kerenah mereka apabila berkumpul bersama yang mencuit hati. Meninjau akaun Instagram Tya Arifin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tya dan Izara melakonkan ragam pada pagi raya.

Dengan pertanyaan siapa yang selalu berperangai sebegitu pada pagi raya, gelagat Izara dan Tya menghiburkan. Memakai pakaian yang sedondon warnanya, riuh suasana dengan gelak ketawa Tya dan Izara ini.

Memang ramai yang suka membuat gaya selfie sebegini, iyelah pagi raya semuanya excited meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Melihat telatah mereka berdua ini, terasa seperti sudah hendak raya pula.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :

” Biras dah macam adik beradik. Muka seiras dah korang ni. sukaaa liat 2 kakak ini, so positive vibes, cantik, humble, merendah diri.. “

” Positive vibes bestkan dapat ipar duai best mcmni. ni mesti 2 ketul ni paling kec0h masa raya kan hehe.. “

” Cantik betul menantu-menantu tokti ni, dah macam kembar.. Muka pun makin nampak sama.. Rasa macam dah raya tengok hampa dua ni haha.. “

” Cantik sangat. Nampak macam adik beradik kandung je. Comel.. Nampak mcm kembar tp biras.. cute jer.. “

” Yalah wajah hampir mirip, ayu dan bersopan santun.Baguslah gitu. Dapat makanan terus lupa tiktok haha.. kepoci sungguh biras 2 orang ni.. “

” Best sangat dapat biras macam ni. Comel dan cantik tau korang dua ni. muka nampak macam kembar pulak.. “

” Lawaklah Tyraa dan Izara. .sungguh comel mcm budak sekolah. Terhibur hati tengok gelagat korang berdua ni.. “

” Ni raya mesti mak iti pen1ng melayan 2 ketul menantu yang masuk air ni haha. Dah lah muka macam kembar.. cantik sangat.. “

Ada biras yang happy go lucky sebegini, memang seronoklah apabila berkumpul. Kalau raya betul, confirm Mak Iti pun pusing dengan perangai menantu-menantu cantiknya ini, hehe. Apa-apa pun, semoga Izara dan Tya sentiasa berbahagia bersama pasangan masing-masing.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Arifin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..