” Terbaik lah kak. Sampai pejabat nanti mandi balik bila dah lencun.. “

Video Nourul Depp Berjalan Kaki ke Tempat Kerja Mendapat Pujian Daripada Netizen. Tapi Part Nourul Membebel Dalam Loghat Utara Buat Ramai Terhibur !!

Noorulhuda binti Abdul Wahab atau juga dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nourul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Nourol berasal dari Pulau Pinang dan merupakan anak ketujuh dari 15 orang adik-beradik. Salah seorang kakaknya, Noorhayati Abdul Wahab telah terlebih dahulu menceburi bidang seni suara sekitar awal dekad 90-an.

Nourul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah lahir pada 1998. Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercera1 pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.

Nourul, 42, telah mendirikan mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan jejaka dari Perancis bernama  Eric, 55, pada 6 Jun tahun 2012. Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, 7, serta Raphael Depp, 5  dan Isabella yang kini berusia 8 bulan.

Menerusi perkongsian di akaun instagram, Nourul telah berkongsi satu video beliau sedang berjalan. Waktu pagi, dengan kesesakan lalu lintas, Nourul mengambil pendekatan untuk cepat sampai ke tempat kerjanya dengan mengambil keputusan untuk berjalan kaki, Dianggarkan 18 minit berjalan kaki dari rumah ke tempat kerja kelihatan Nourul sangat ceria dengan aktiviti itu walaupun berpeluh-peluh.

Tonton video tersebut di bawah :

” 18 min berjalan kaki. Pagi di KL ke tempat qeja. Satu cara terbaik kalau sapa nak mulakan gaya hidup sihat. Mulakan dnegan berjalan kaki kalu takdan (tak sempat) nak bersenam .. “

” Nak kurus: harus ada kesihatan dulu. Perlu jaga kesihatan 0rgan dalaman dahulu. Jangan main terjun ja ambik segala ubat mak nenek nak kuruih. Kata doktor seperti @drbenirusani mana ada ubat untuk kuruih oi! .. “

” Jaga diri dengan makan sihat, jangan tahaq perut nak kuruih. Kena makan. Bersenam 2-3x seminggu. Mula sikit2. Lama lama jadi bukit ! Semoga dapat dimanfaatkan – kerana Allah.. “

Rata-rata peminat memuji melihat video Nourul  berjalan kaki ke tempat kerja dan berterima kasih kerana berkongsikan motivasi buat semua. Part membebel dalam loghat utara tu memang menghiburkan. Antara komen-komen tersebut :

” Yes… Kalau dah tak ada masa sgt 10000 steps per day dah good enough.. “

” Best nya jalan kaki gi keje… Excercise free tu kan.. “

” Terbaik lah kak @nouruldepp… “

” Hahahah comel la sis nurul.. Baju belang… Bag pink.. Hati2 na jalan tu… Hehe.. “

” Sampai pejabat nanti mandi balik bila dh lencun. Semangat Nurul. Tak payah pergi Gim dah. Seronok te gok Nurul berceloteh cakap penang ada je idea nk cakap.. “

” Pepagi terus semangat bila. Nampak IG Pn Nourul ni.. “

” Hahaha.. Dah lencun dah tu kakk oii.. “

Tu dia !! Memang terbaik lah. Kalau tempat kerja dekat ok lagi lah, kalau jauh mau berhenti minum air dulu kat gerai sebab letih. Apa-apa pun Kak Nourul terima kasih bagi motivasi kat sapa-sapa yang kat luar sana tu nak kurus. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Nourul sentiasa di permudahkan. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Nourul Depp by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..