” Tengok hari ni rengkah dok gelak gelak lagi ni.. “

Syatilla Melvin Kongsi Video Penggambaran Produk Kekasih, Namun Penampilannya Jadi Mermaid Buat Netizen Terhibur. Lucu Naa Tilla. ‘Have Have’ Punya Mermaid Ni !!

Siapa tidak kenal pelakon cantik Syatilla Melvin. Isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini sememangnya dikenali dengan bakat lakonan dan loghat utaranya yang pekat. Merupakan ibu kepada Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy, Syatilla kini bergelar usahawan kosmetik.

Syatilla atau lebih mesra dipanggil Tilla telah pun mengeluarkan produk kosmetik sendiri berupa krim bedak asas dan matte bibir di bawah jenama Kekasih by The Melvins. Kekasih diasaskan bersama oleh adik beradik Tilla iaitu Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin.

Menjadikan anak-anaknya sebagai pendorong untuk berjaya, Tilla berazam untuk memiliki empayar kosmetik sendiri untuk kebaikan masa depan anak-anaknya. Memasang impian untuk melahirkan jutawan di bawah produknya ini, Tilla terus mengorak langkah untuk merealisasikan azamnya itu.

Menerusi akaun Instagram, Syatilla Melvin telah berkongsikan video pendek beliau memesan laksa ketika di set penggambaran untuk produk kosmetiknya Kekaasih. Namun yang melucukan adalah wataknya sebagai ikan duyung atau mermaid pink yang kelihatan comel dengan loghat utaranya itu buat peminat gel1 hati. Tak pernah tak lawak lah !

Jom tonton video di bawah :

” Aku harap @shaheizy_sam tak tengok video ni @kekasih_hq #satukekasihcukupke #kekasihunderthesea.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Hang bong0kkkk.. “

” Jangan nanti sam pulak jadi duyung dah.. “

” Tengok hari ni rengkah dok gelak gelakk lagi ni.. “

” Jari mermaid kalau pegang sudu memang gittew ehh tila ?? Mermaid ni macam dari golongan have have gittew.. Hahahah.. “

” Ni mermaid sungai qeyann ni.. Tu cakap bernyanyi bel4h paqit buntaq nibong tebai sama banyak.. “

” Tang kaki tu ged1k tu.. Meluat tengok ged1k-ged1k.. “

Kalau dah namanya Syatilla Melvin, bila masa yang tak pernah tak lawak. Pasti ada sahaja jenakanya yang buatkan netizen terbahak-bahak suka. Bukan main lagi laksa ‘teruih’ si mermaid cantik ini. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Syatilla dan moga terus success dengan perniagaannya itu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syatilla Melvin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..