” Kelakar Fateh. Dah pangsai poo poo masih boleh have a big cutie pie smile.. “

Video Adam Corrie Bercakap Mandarin Dengan Anaknya Adam Fateh Lee Buat Peminat Kagum. Pandainya Fateh Dah Boleh Faham Banyak Bahasa. Part Angguk-Angguk Kepala Alahai Comel Sangat. Bijak Bijak !!

Peminat tegar filem tempatan pastinya mengenali wajah pelakon Corrie atau nama Islamnya Adam Corrie. Corrie yang sering membawakan watak antagonis sememangnya amat sesuai dengan wajahnya. Corrie telah pun mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Fazeema Fuad pada 21 November 2008.

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu akhirnya dikurniakan seorang cahayamata setelah 10 tahun menanti dan berusaha. Permata hati anugerah dari Allah itu dinamakan Adam Fateh Lee. Corrie sering berkongsikan perkembangan anaknya yang digelar sebagai Fateh itu di akaun sosial miliknya.

Fateh semakin hari semakin terserlah kecomelan dan kebijaksanaannya walaupun masih kecil. Fateh sering dibawa mengikutinya ke majlis-majlis ilmu dan masjid membuatkan Fateh pandai menyesuaikan diri dengan orang ramai. Corrie mendidik anaknya dengan penuh kesabaran dan lemah lembut menjadi perhatian ramai.

Menerusi akaun Instagram Adam Corrie, telah dikongsikan satu video di mana kedengaran Adam bercakap dengan anaknya Adam Fateh Lee di dalam bahasa Mandarin. Fateh yang bila ditanya oleh Adam Corrie mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Alahai cerdiknya Fateh macam-macam bahasa difahami.

Jom tonton video di bawah :

” Fateh pangsai aah ?.. Dari pengamatan saya, anak kecil boleh faham pelbagai bahasa jika kita rajin berkomunikasi dengan mereka. Jangan risau mereka akan keliru. Alhamdulillah @adamfatehlee faham apa yang saya dan maknya cakap.. ”

” Kami cakap melayu, hokkien, mandarin, kantonis dan english dengan Fateh. . Dan Doa-doa ringkas dalam bahasa arab. Ok, siapa faham apa yang abah fateh cakap.. “

” Ambil inspirasi dari Sultan Al-Fatih boleh menguasai 7 bahasa.. “

Rata-rata netizen kagum dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen:

” Mantap.. Untung dapat belajaq banyak bahasa.. “

” Kelakar Fateh! Dah pangsai poo poo masih boleh have a big cutie pie smile.. “

” Untung anak adam corie bole menguasai banyak bahasa.. “

” Macam dia malu je kena video kena mengaku, terus cari pintu.. “

” Alhamdulillaah.. Itu yang ‘bonus’ nya.. Nanti Fateh pandai bercakap lebih dari satu Bahasa.. “

” Comel nyee dah cerdik dah ger4m nyee.. “

” Heheheh comel je dia angguk ngaku pangsai dengan senyum kambingg angguk “haa haa” terus cari pintu hahaahah.. “

Memang beruntung Fateh dapat belajar macam-macam bahasa sejak dari kecil. Ilmu yang bakal berguna bila besar nanti. Bijak cara Adam Corrie dan isteri mendidik Fateh, boleh jadi contoh terbaik untuk pasangan ibu bapa lain. Kami di Berita Kopak mendoakan Fateh akan menjadi insan yang berguna seperti ayahnya apabila dewasa kelak.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adam Corrie by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..