” Tengok belakang pun tau dah.. “

Eyka Farhana Kongsi Gambar Sambut Hari Lahir Bersama Seorang Jejaka. Namun Ramai Yang Dapat Teka Gerangan Jejaka Itu Walaupun Hanya Gambar Dari Belakang. Alahai Sweet Sangat !! 

Sering dikatakan seiras seperti Fazura,  Eyka Farhana atau nama penuhnya, Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi  yang dilahir pada 3 Februari 1995 merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2011 pada usia 16 tahun untuk membantu keluarganya.

Bakat Eyka Farhana telah mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3, Gemilang. Dahulu,  Eyka turut membintangi drama Juv4na yang juga bersiaran di TV3, beliau memegang watak sebagai Nadia, seorang pembantu kantin di Sekolah Juvana Wira Bakti.

Sebelum ini ada desas-desus yang mengatakan Eyka dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kebangsaan yang sering menjadi keg1laan para gadis iaitu Akhyar Rashid. Dikatakan bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta selepas tersebarnya gambar mereka yang dikatakan sedang bercuti di pantai pada tahun lepas.

Menerusi perkongsian terbaru Eyka telah menyambut hari kelahiran beliau pada 3.2.2020 yang ke 25 tahun semalam. Eyka telah memuat naik beberapa gambar sambutan hari lahir beliau bersama seorang jejaka.  Eyka telah menerima sejambak bunga yang besar dan berkongsi gambar bersama jejaka tersebut. Namun gambar diambil dari arah belakang.

Ikuti perkongsian Eyka di bawah :

” Such a wonderful night.. Thank you mucho.. “

Dengan berkongsikan gambar itu di Instagram, ruangan komen Eyka telah dibanjiri oleh komen yang meneka gerangan jejaka yang dilihat bersama-sama dengan Eyra itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tngok tang blakang pon taw dhh… Sakann.. “

” Mcm pemain bola tu je .. “

” Yes sure that Mat Yat… Hahaha.. Same pic at story ig… Maigodd.. “

” Akya ttp dihati wanita .. “

” Sweet couple.. Harap dpt jemput sy ke majlis kawen .. “

” Akhyar rashid ??????? “

” Happy beyday awek Mat Yatt !!! .. “

Wahh !! Ramai sungguh yang meneka jejaka dalam gambar itu. Dengar kata, dekat IG story jejaka tu pun ada letak gambar di lokasi yang sama juga. Doakan yang baik-baik untuk mereka ya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Eyka Farhana semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eyka Farhana by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..