” Memang copy paste muka Eshaal. Syantikkk sangat.. “

Stacy Anam Kongsi Gambar Bersama Ibunya. Namun Wajah Ibunya Yang Saling Tidak Tumpah Seperti Anaknya, Eshaal Cur1 Perhatian Netizen. Wahhhh.. Sebijik Sama !! 

Stacy merupakan penyanyi yang dicungkil bakatnya daripada rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam dan telah berjaya meraih gelaran juara pada musim tersebut.  Sebelum itu, beliau terlebih dahulu mencuba nasib dalam pertandingan One In A  Million dan Gang Starz. Namun percaturannya tidak membuahkan hasil.

Nama asalnya, Stracie Angie Anam, namun dikenali umum sebagai Stacy atau Stacy Anam. Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan kini telah berusia 30 tahun. Bakatnya dalam bidang nyanyian tidak perlu dipertikaikan lagi. Selain menyanyi, Stacy juga sangat pandai menari.

Stacy telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Akim Ahmad  pada 5 Februari tahun 2016. Stacy memeluk Islam pada 25 ogos 2015, dengan menggunakan mana baharunya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Eshaal, 3 tahun dan turut menjaga seorang anak angkat yang bernama Bella Daluna, 8.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Stacy telah memuat naik satu foto beliau bersama Ibunya, Agnes Kaloos. Stacy turut berkongsi tentang ibunya yang suka memasak membuatkan beliau sentiasa kenyang. Namun, wajah ibu Stacy menjadi perhatian netizen.

Ikuti perkongsian Stacy di bawah :

” Beli lah baju apa sekalipun tetap yang itu juga dia balik2 pakai. Kalau dia yang masak confirm jadi terlamp4u kenyang muka pun makin bulat sudah. Tapi mata mana mata.. “

” #mymother.. “

Rata-rata netizen menyatakan bahawa wajah Ibu Stacy mirip seperti anak Stacy iaitu Eshaal. Antara komen-komen tersebut adalah :

” C mami tu mcm muka C Echal .. “

” Mcm eshal muka your mom .. “

” Muka mamy satu biji mcm muka Echal ni.. “

” Kembar C Eshal bah mami ko Stacy .. “

” Muda lg mama Stacy, mcm muka C Ishai ouhh syantikkk .. “

” Aaaaa mcm muka Ishaii pula ni .. “

” Muka Eshaal betul kamu punya mama .. “

” Mmg copy paste muka Eshal.. “

Yalah.. Serupa betul muka Nenek dan cucu. Comel sangat !! . Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Stacy serta keluarga sentiasa bahagia, sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Buat Eshaal, semoga menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Stacy Anam by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..