” Tak tau kenapa Abil nang1s tengok video ni.. ” – Nabila Huda
Video Babymoon Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Yang Sweet Buat Ramai Tersentuh. Seronok Tengok Wajah Bahagia Fasha. Part Last Tu Paling Terkesan Di Hati !!
Andai hati berbunga-bunga dan rasa bahagia, pasti ianya akan terpancar di wajah seseorang. Begitulah yang dapat dilihat pada wajah pelakon wanita popular, Fasha Sandha. Kehidupannya selepas menikahi aktor Aidil Aziz menggembirakan hati peminat.
Sekalipun pernah kecew4 dengan perkahwinan pertamanya dulu, Fasha bangkit dan kembali gagah berdiri demi anak-anaknya Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima. Kisah suka duk4 Fasha itu sering menjadi tumpuan peminat setianya.
Ditakdirkan Allah, Fasha bertemu jodoh bersama Aidil Aziz. Hubungan mesra dan akrab Aidil dengan Rayfal dan Jemaima begitu terserlah. Fasha yang kini sar4t hamil anak pertamanya bersama Aidil. Tidak hanya mereka sekeluarga malahan peminat juga tidak sabar menunggu Fasha bersalin.
Menerusi akaun Instagram, Fasha Sandha telah berkongsikan video penuh babymoon yang disambut mereka di Langkawi. Wajah-wajah ceria Fasha bersama Aidil dan anak-anaknya Rayfal dan Jemaima menghiburkan. Bahagianya Fasha sekarang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian video ini buat peminat terhibur dan ada jua yang tersentuh hati. Antara komen-komen mereka :
” Semoga bahagia sampai Jannah.. dear.. Amin ya Allah Ya Mujib.. “
” Ayat tu powerr betul la kak fasha. yg baca pon boleh cair tambah yg menerima perghhh caya la untung abg aidil hehe.. “
” Oh sweet.. smga dpermudahkan bersalin nanti.. bestnya merasa waktu pregnant.. “
” Kebahagiaan itu akhirnye milik kamu fasha.. semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin.. “
” Alhamdulillah… Terharu rasa tgk video ni.. Semoga berbahagia hingga ke Syurga.. “
” How precious. may last eternally kak fasha and dear husband ya.. “
” Alhamdulillah.. berbahagia dgn perkahwinan kedua. Syukur.. “
” Taktau kenapa Abil nang1s tengok video ni.. Im happy for you girl. Doakan Abil pun dapat baby macam girl ok.. ” – Nabila Huda
Alhamdulillah akhirnya Allah kurniakan kebahagiaan buat Fasha. Selepas hujan pasti ada pelangi, begitu juga kehidupan. Apa pun, semoga Fasha dipermudahkan untuk bersalin nanti dan sentiasa berbahagia dan kekal berpanjangan hingga ke syurga. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..