” Tahniah Eyra dan Haziq dapat baby boy. Cantik nama baby, so cute boy.. ” – Netizen

Haziq Nadzli Kongsi Gambar Terkini Eyra Hazali Dan Bayi Mereka, Baby MHQ. Wah Sedapnya Nama Penuh Baby H, Secomel Rupanya Itu. Cute Sangat !!

Baru semalam dikongsikan Haziq Nadzli di Instagram storynya gambar dan makluman bahawa isterinya Eyra Hazali sudah selamat bersalin. Pasangan ini yang menikahi di kala usia mereka menginjak awal 20-an sering terlihat gembira bersama.

Mengimbau kembali, Haziq dan Eyra melangsungkan perkahwinan mereka penghujung tahun lalu. Memasuki 3 bulan usia perkahwinan mereka, Eyra memberi kej0tan istimewa buat Haziq. Bagi peminat setia Eyra pastinya masih ingat bagaimana Eyra memberi kej0tan berita kehamilannya itu hingga Haziq menitiskan air mata.

Eyra juga memaklumkan sebelum ini bahawa mereka bakal menimang anak lelaki. Haziq adalah yang paling gembira kerana bakal ada kawan bermain bola nanti. Eyra juga pernah menunjukkan gambar dekorasi bilik bayi yang digelar sebagai Baby H.

Menerusi akaun Instagram, Haziq Nadzli telah berkongsikan sekeping gambar terkininya bersama Eyra dan cahayamata mereka. Haziq turut memaklumkan nama bayi mereka itu sebagai Muhammad Hayder Qhalish. Wah inilah dia MHQ yang dimaksudkan semalam.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah papa ziq. Cantik nama baby.. “

” Tahniah haziq and eyra. Baby cute eyra.. “

” Tahniah Eyra dan Haziq dapat baby boy.. “

” Alhamdulillah brader, congratulations both of you.. “

” Alhamdulillah welcome to the world baby Hayder Qhalish… congratulations haziq and eyra.. “

” Alhamdulillah , tahniah Eyra dan Haziq. so cuteyy boy.. “

” Congratulations to both of you, alhamdulillah. Assalammualaikum baby Hayder.. “

Wah sedap sungguh nama baby Eyra dan Haziq ni. Pasti ada maksud yang baik disebalik nama pilihannya itu. Baby pun walau sipi-sipi sahaja wajahnya nampak comel. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Eyra dan Haziq. Selamat berpantang buat Eyra dan semoga baby Hayder membesar dengan sihat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Haziq Nadzli, IG Eyra Hazali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..