” Tahniah, comel ibu dan anak.. ” – Netizen

Gambar Konvokesyen Anak Kedua Kuna, Nik Haikhal Rizalman Raih Perhatian Ramai. Wah Ikut Jejak Abangnya Juga, Bijak-Bijak Semuanya Anak Kuna. Sweet Sangat Gambar Ibu Dan Anak Ni !!

Beberapa hari ini di media sosial banyak yang berkongsi gambar ketika hari konvokesyen. Banyak pusat pengajian tinggi sedang mengadakan majlis konvokesyen ini dan majlis ini merupakan satu majlis yang amat bermakna buat mereka yang sudah tamat belajar.

Meninjau ke akaun Instagram Kuna, sekeping gambar bersama anak keduanya ketika majlis konvokesyen telah dikongsikan. Nik Haikhal Rizalman telah tamat pengajiannya dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Haikhal merupakan anak kedua Kuna dan kejayaan ini pastinya membanggakan Kuna sebagai seorang ibu. Nik Haikhal mengikuti jejak langkah abangnya, Nik Hakimi yang turut tamat pengajiannya di Universiti yang sama tahun lalu.

Perkongsian gambar Kuna dan Nik Haikhal ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet buat masa ini. Wajah Nik Haikhail ini banyak mewarisi wajah ibunya. Nampak seiras sangat kedua anak ber4nak ini.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ketika konvokesyen anak sulungnya tahun lalu :

Di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah kepada Kuna dan juga anaknya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Alhamdulillah dan tahniah proud mummy kunamuzani dan anakanda .. wow geng uia.. Tahniah Dan syabas buat anakmu.. “

” Tahniah dapat anak cemerlang.. Alhmdulillah syukur pada Allah Swt Tahniah anaknda nikhaikhalrizalman dan keluarga… Alhmdulillah.. “

” Alhamdulillah syukur.. sejuk perut mung Mek kunamuzani TAHNIAH.. anak ibu sangat.. comel ibu dan anak.. “

” Alhamdulillah Syukur, tahniah Kak Kuna.. anak soleh yg akan membawa orang tua nya ke janah amin ya robal alamin.. “

” Alhamdulillah Syukurrr Congratulations Kakak dan Anak…. buat Anaknda nya. Semoga Terus Sukses dalam kerjaya yg diceburi. Aamiin Allahumma Aamiin.. “

” Congrat .. mak PELAKON tp anak-anak tetap berjaya .. Semoga Allah tros permudahkan kite semua . AAMIIN.. “

” Tahniah diatas kejayaan anak sis Kuna. Semoga dipermudahan urusan beliau seterusnya.. bi’iznillah.. suka tengok penampilan kuna sekarang.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Nik Haikhal atas kejayaan yang diperolehi. Semoga ijazah yang diperolehi ini menjadi pemangkin untuk terus berjaya dalam kehidupan seterusnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kuna

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..