” Tadi ada orang sini cakap Issey ‘michin’ . Apa maksud ‘michin’ ? Handsome ke ? ”  

Issey Bawa Isteri Honeymo0n Di Korea. Muat Naik Gambar Dan Kapysen Di Instagram, Buatkan Netizen Terhibur Dengan Kapysen Issey..

Issey Fazlisham telah selamat menjadi suami kepada Noor Aimi Mohamed Jamil pada Ahad lalu, 22 Disember 2019. Hanya sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Mukim Kampung Pauh Panji, Tengku Mahmood Tengku Ibrahim. Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin senaskah al-Quran dan sebentuk cincin.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, merupakan pelawak, penyampai radio, telah menamatkan zaman dudanya bersama Noor Aimi yang bekerja sebagai pengurus sumber manusia yang berasal dari Kelantan. Majlis pernikahan bertemakan ”English Garden” dihadiri lebih 500 orang terdiri darupada ahli keluarga, kenalan dan rakan selebriti.

Issey meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan beliau juga berharap perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Noor Aimi juga mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama arwah suaminya. Pada majlis tersebut, kelihatan pasangan ini sangat berseri.

Menerusi Instagram, Issey telah membawa isterinya, Noor Aimi bercuti ke Korea sebagai hadiah perkahwinan setelah mereka selamat menjadi suami isteri yang sah. Issey telah memuat naik beberapa keping gambar ketika ini mereka berada di Korea. Jelas sekali pasangan ini sangat bahagia.

Ikuti perkongisan Issey di bawah :

” Betul ke orang cakap , kalau ambik gambar dekat korea, muka jadi macam orang korea ? Sbb tadi ada orang sini cakap issey ‘michin’ . Apa maksud ‘michin’ ? Handsome ke?.. ”  

Rata-rata peminat terhibur akan kapsyen Issey itu. Antara komen-komen tersebut :

” Haha.. demo punya wife npok cm korea face doh.. demo tukar jadi kashmir face sey.. “

” Maksud g1lo la issey hahahahahahaa.. “

” Michin tu maksud dia g1la Issey.. adoyai.. haha.. “

” Hahahahhaha, setahu aku michin tu maksudnya g1la.. “

” Perasan je ko issey.. “

” Jgn terpengar0h sey.. michin tu jenama tayar yg terkenal tu.. “

Adoi.. kelakar betul si Issey .. Sempat lagi berjenaka kan walaupun sekarang tengah honeymoon. Apa-apa pun, Kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru, semoga jodoh Issey bersama isteri berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  Issey by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..