” Ir0nman bawak baby.. “

Alif Satar Cermin Suami Dan Bapa Mithali. Beruntung Isterinya Ada Suami Seperti Alif. Mithali Sungguh !!

Nama penyanyi dan pengacara Alif Satar sememangnya terkenal di dalam dunia seni hiburan tanahair. Alif Satar atau nama penuhnya Muhammad Alif bin Mohd Satar dilahirkan pada tanggal 19 September 1990. Alif mula melibatkan diri di dalam dunia seni sejak tahun 2006 lagi.

Nama Alif mula dikenali setelah kemenangannya di tempat ketiga di dalam program realiti nyanyian, One In A Million musim pertama. Sehingga kini Alif sudahpun mengeluarkan tiga buah album iaitu Nak4l, Lelaki Seperti Aku dan Definisi.

Di dalam bidang lakonan pula, nama Alif menyinar setelah lakonannya bersama Siti Nordiana dalam drama adaptasi novel , Dia Semanis Honey menjadi trending. Alif sudahpun mendirikan rumahtangga dan mempunyai 3 orang cahayamata. Menariknya Alif dilihat sering mengutamakan keluarganya itu melebihi segalanya. Suami dan ayah mithali !

Menerusi akaun Instagram, Alif Satar memuatnaik sekeping gambarnya yang sedang mengendong bayinya menggunakan baby carrier. Terserlah sifat kebapaan yang menebal diwajahnya itu. Jarang-jarang boleh jumpa suami yang berperangai seperti Alif Satar ini.

Jom baca kapsyen di bawah :

” You know nothing about fashion.. #GengHusbandSempoi.. “

Rata-rata peminat memuji dan kagum dengan sikap Alif ini. Antara komen=komen peminat :

” Trend zaman leni wei.. Sangkut anak kat depan.. Etlis bole gak kaver perut yg maju.. “

” Best accessory ever.. “

” Waw hot dady.. “

” Caption win !.. “

” Ir0nman bawak baby.. “

” Fashion bapak-bapak korang ape tau!.. “

” Pesyen kangro0 bawa anak.. Hahhaha.. “

” Fashion husband cover bor0i membunc1t di bahagian depan.. “

Beruntung isteri dan anak-anak ada suami dan ayah yang super perfect seperti Alif Satar ni. Salah satu cara beliau menghargai dan menyantuni isterinya yang patut dijadikan contoh untuk pasangan suami isteri lain. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Alif sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan bersama keluarga tersayang.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alif Satar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.