” Baby Raudhah ikut ada lesung pipit macam abang Baem la.. “

Datin Shahida Kongsi Gambar Terbaru Raudhah Arshiyah Yang Terlajak Comel. Ger4mnya Kat Lesung Pipit Tu !!

Siapa tidak kenal Datin Shahida Rashid, isteri kepada usahawan jutawan, Dato’ Aliff Syukri. Empayar perniagaan mereka tersohor bukan sahaja di Malaysia malah juga di Brunei dan Indonesia. Beliau juga merupakan menantu kepada pengasas kosmetik Sendayu Tinggi, Bonda Rozita Ibrahim.

Datin Shahida mendirikan rumahtangga bersama Dato’ Aliff pada Ogos 2007 dikala usianya baru sahaja mencecah 22 tahun. Menerusi perkahwinan ini, mereka dikurniakan lima orang cahayamata diberi nama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan paling terbaru Raudhah Arshiyah.

Kelahiran Raudhah sememangnya dinanti-nantikan. Penantian 8 tahun untuk dikurniakan zuriat perempuan akhirnya berakhir. Bayi bertuah ini juga digelar baby hajjah kerana semasa Datin Shahida mengandungkannya, beliau pergi mengerjakan haji bersama Bonda Rozita.

Menerusi akauan Instagram, Datin Shahida memuatnaik sekeping gambar terbaharu bayi perempuannya yang diberi nama Raudhah Arshiyah. Kecomelan Raudhah mirip seperti abangnya Baem. Bukan sahaja wajah malah lesung pipitnya juga sama.

Jom baca kapsyen Datin Shahida dibawah :

” Baby Raudhah ikut ada lesung pipit macam abang @baemadham_terlajaklaris la.. “

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Datin Shahida meninggalkan komen. Antara komen-komen peminat :

Rata-rata netizen terpegun dengan kecomelan Raudhah ini. Antara komen-komen netizen:

” Ikut muka abah dia sungguh.. “

” Masyaallah segak sungguh.. “

” Yang ni nampak macam muka Datin, comey je.. “

” Cute betul ciptaan Ilahi… Tahniah datin dan dato, dapat baby gurl cute sungguh.. “

” Comelnya Raudhah macam abang Yusuf kecik-kecik.. “

” Ya Allah muka baby Raudhah betul-betul macam anak arab.. “

” Semoga Raudhah membesar dengan baik dan sihat serta menjadi anak yang solehah.. “

Terserlah kecomelan yang tak puas mata memandang. Secantik sewangi haruman syurga memang kena dengan si comel ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Raudhah Arshiyah membesar menjadi anak yang solehah.. Aamin

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..