” Suka tengok keperibadian Najwa, merendah diri walaupun berpendidikan tinggi.. ” – Netizen

Video Najwa Latif Ketika Bersiaran Di Stesen Radio Raih Pujian Ramai. Alahai Lama Tak Nampak Najwa, Sopannya Dia Cakap. Artis Paling Humble Walaupun Dah Berjaya, Hebat !!

Sebut sahaja nama Najwa Latif sehingga sekarang, mungkin ramai masih ingat imp4k yang dit1nggalkan penyanyi ini dalam industri muzik tempatan. Bermula hanya sekadar menyanyi dalam kereta, sehingga ke pentas besar termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL), Najwa memang mempunyai aura yang tersendiri.

Hampir 11 tahun bergelar sebagai anak seni, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, sememangnya layak dijadikan contoh terbaik kepada ramai. Najwa bukan sekadar berbakat dalam bidang muzik, bahkan amat pentingkan bidang akademik.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Suria Malaysia, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Najwa telah menjadi jemputan menerusi segmen ‘Carta SURIA Top 40 bersama Bintang ‘ yang dikendali oleh penyampai radio Fizi Ali dan Suraya Borhan.

Video-video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada memuji yang Najwa masih mengekalkan sikap merendah diri meskipun sudah berjaya bergelar seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka.

Jom tonton perkongsian video-video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain memuji sikap Najwa, ramai yang meluahkan rasa rindu mereka setelah melihat Najwa dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Suara dye limited denga jer dh tau, itu suara Najwa. Tiba2 rindu zaman lagu ‘ Cinta Muka Buku’ hehe, rare btul lagu tu.. “

” Paling sempoiii dia ni love sgt, simple person. Tengok gaya dia pun tahu memang seorang yang bijak, suara pun sedap yakmat.. “

” Cantik Najwa sekarang. Salah sorang penyanyi yang berjaya dalam bidang akademik, bijak bahagikan masa dalam kerjaya dan pelajaran, tabik spring ar.. “

” Suara dia tu memang special, bila dengar ja terus rasa layan rasa diri jadi remaja, hehe. Tahniah Najwa, dah jadi profeser kan.. “

” Bagus, Suka tgk keperibadian dia, cekal dan tabah serta rendah diri walaupun berpendidikan tinggi. Alhamdulillah.. “

” Sejuk tengok Najwa ni, sopan manis je. Cara dia bertutur pun alaahaiiii habis sopan sangat. Kejap je dah besar Najwa ni.. “

” Walaupun nampk dah berisi skit, tapi masih cantik dan comel lah Najwa. Tadi dengar Najwa di radio, memang best sangat dengar Najwa cerita.. “

Alahai memang sopan tengok Najwa bercakap. Masih bersikap pem4lu seperti awal kemunculannya dahulu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Najwa terus berjaya dalam bidang nyanyian dan kehidupannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Suria Malaysia, Najwa Latif

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..