” Isteri saya, Noor Neelofa telah selamat melahirkan putera sulung kami.. ” – Haris Ismail

Haris Ismail Kongsi Berita Gembira Neelofa Selamat Bersalin Anak Sulung Mereka 2 Hari Lepas. Wah Dapat Baby Boy. Cantik Nama Baby, Nama Yang Cukup Indah. Tahniah Lofa Dan Haris !!

Menurut akaun Instagram Zayyan.My, telah dikongsikan berita gembira selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa telah selamat bersalin. Cahaya mata sulung Neelofa dan Haris Ismail ini dilahirkan pada tanggal 29 Januari 2020 pada jam 3.44 petang.

Dalam paparan posting ini juga, Haris mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana segala urusan dipermudahkan dan kini Neelofa sedang berehat. Sesungguhnya ini adalah fasa yang menggembirakan untuk pasangan ini.

Turut dicoretkan oleh Haris ucapan terima kasih untuk semua doa yang dikirimkan oleh peminat. Sejak mereka mendirikan rumahtangga sehinggalah selamat menimang cahaya mata, tidak put0s ingatan peminat untuk mereka berdua.

Haris turut memohon agar peminat dapat mendoakan agar zuriat sulungnya ini menjadi seorang khalifah yang berguna tidak hanya kepada agama malah juga kepada negara. Wah pastinya comel wajah gabungan Neelofa dan Haris ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Neelofa turut berkongsikan di Instastorynya nama pilihan yang dipilih oleh mereka berdua untuk si kecil. Wah nama yang ada dalam sejarah Islam dan mudah untuk diingati.

Berita gembira ini disambut baik oleh seluruh peminat Neelofa. Antara komen-komen yang diberikan oleh peminat :

” Masyaallah tabarakallah.. indah nya nama Smg Muhammad Bilal Bin Muhammd Haris menjadi anak soleh, sihat walafiat sentiasa.. “

” Alhamdulillah.. tahniah buat neelofa dan ustaz haris.. semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.. “

” Alhamdulillah tahniah buat kmu berdua.. Betul tekaan baby boy.. Syukur moga semua baik2 sihat2 selalu.. tahniah buat Kak neelofa.. “

” Wah besday anak saya 28/1 tahniah lofa.. Tahniah Neelofa n husband, Selamat berpant4ng dan diharap baby dan ummi sihat2 selalu.. “

” Mesti so cute anak Neelofa and Haris.. congratulations to both of you beautiful people.. such a good news. And it would be my news of the day on my story.. May Allah SWT blesses this little family always.. “

” Alhamdulillah nama pon helok je takde pel1k2, tahniah lofa n haris.. dh boleh plan utk next baby.. tahniah neelofa dan ustaz haris.. “

” Alhamdulillah.. semoga menjadi anak soleh cemerlang dunia Dan akh1rat.. tahniah.. aamiin.. Tahniah new parents hrisbismail dan neelofa.. “

Penantian 9 bulan pasangan ini berakh1r sudah dan pastinya fasa baru ini bakal memberikan banyak pengalaman baru kepada Neelofa dan Haris. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan semoga Muhammad Bilal menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG IG Zayan.my, IG Majalahnona, IG Neelofa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..