” Suka tengok Fazura. Make up simple, OOTD pun simple.. ” – Netizen
Muatnaik Video Dan Gambar Bercuti Bersama Keluarga, Penampilan Fazura Cur1 Tumpuan Peminat. Tampil Ringkas Pun Tetap Cantik. Fatima Pun Comel Dan Happy Sangat Dapat Jumpa Sepupu-Sepupunya !!
Meninjau ke akaun Instagram Fazura, beberapa gambar dan video ketika bercuti bersama keluarga telah dikongsikan. Fazura dan keluarga memilih Tiarasa Escapes Glamping Resort, Janda Baik iaitu milik Puan Sri Tiara Jacquelina.
Selama 4 hari mereka meluangkan masa di resort tersebut dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Tujuan mereka megadakan percutian ini adalah untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain dan juga ingin merasakan suasana berbeza dari kota raya.
Selain itu, Fazura ingin memberi Fatima merasakan suasana kampung setelah sekian lama tidak pergi bercuti. Dapat dilihat Fatima sangat teruja apabila berada di sana melalui video yang disediakan.
Apa yang mencur1 perhatian peminat ialah penampilan Fazura yang tampil ringkas dengan solekan nipis ketika berada di sana. Fazura tetap nampak cantik walaupun dalam penampilan yang biasa-biasa sahaja.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
Seperti selalu, wajah Fatima yang comel tetap membuatkan peminat berasa ger4m. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mommy faz menten lawa walaupun Fatima laju2 jalan sana sini. Good job mommy.. Alhamdulillah dapat berkumpul sekeluarga .. “
” Pakai apa2 pun tetap cantik.. Comelnyaa fatimah suka tgk diaaa laaa.. Muka fateema berubah sikit sikit.. “
” Bestnyeee. Saya pun bercuti kat janda baik before banjir haritu. Fatima comel.. Ger4mm tauuu. B4re face cantik, pakai apa pun cantik.. “
” Ger4m tgk cekodok dia.. tk berminyak.. elok je bulatnya boleh golek2.. fatima macam ‘Boo’ dlm Monster Inc bila ikat rambut dua cam tu.. “
” Suka tgk fazura, simple je pemakaian dia bila ddk family members. Makeup simple, ootd simple. Tp MasyaAllah still cantik dan elegan. Very humble sgt.. “
” Fatima such a big girl now. dh mcm umur 2-3 tahun. tk nmpk setahun pn umur dia. smoga terus membesar dgn sihat ya.. “
” Beautiful family. Laju betul Fatima jalan.. Alhamdullillah. Lengkap sangat2 hidup faz sekrg. I truly love your life journey.. “
Wah nampak seronok dan menarik aktiviti di sana. Sesekali mengadakan hari keluarga sebegini dapat mengeratkan lagi silatulrahim. Tambahan pula setelah sekian lama tidak dapat berjumpa kerana PKP.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..