” Suka tengok abang Adib tu tengok adik bongsu dia.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Makan Malam Sempena Ulangtahun Kelahiran Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Cantik Dan Handsome Semua Anak Menantu Tokti. Part Aafiyah Tolong Ibu Pot0ng Kek Dan Abang Adib Melayan Adik Afwa Tu Comel !!

Bulan Januari datang lagi dan pastinya bulan kelahiran bintang kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini dinanti-nantikan oleh semua peminatnya. Seperti tahun-tahun lalu, pastinya banyak sambutan diadakan untuk meraikan Dato’ Siti oleh banyak pihak.

Meninjau akaun Instagram Ctdk, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan suasana sekitar majlis makan malam anjuran CTDK Holding dan sambutan ulangtahun kelahiran Dato’ Siti yang ke 43 tahun.

Turut sama hadir adalah anak-anak dan menantu Dato’ Siti dan Dato’ Seri Khalid Jiwa iaitu Adib, Izara Aishah, Tya Arifin, Ashraf dan Aazief. Dengan menggunakan bunga-bungaan, nampak cantik sekali dekorasi majlis ini.

Sebiji kek yang tertera perkataan Happy Birthday, umur Dato’ Siti turut dipaparkan di situ iaitu yang ke 43 tahun. Masih tetap anggun dan nampak seperti 30-an, Dato’ Siti tampil anggun dengan busana berwarna hijau.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Ucapan selamat hari lahir membanj1ri posting oleh Dato’ Siti ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Selamat Hari Jadi Dato Seri Siti Nurhaliza, kami doakan Dato sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Happiness longevity prosperity LOVE you.. “

” Happy birthday my idol Dato’ Siti. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semoga berbahagia bersama keluarga tersayang amin.. “

” Selamat Hari Lahir Dato’ Siti tersayang, semoga dalam rahmat Allah s.w.t selalu.. first tengok mana afiyah, rupa-rupanya di sebalik kek.. “

” Happy birthday Tokti, bestnya meriah majlis dengan insan-insan tersayang. semoga berbahagia bersama suami, anak-anak dan keluarga tercinta. awet muda la tokti ni.. “

” Cantik tokti, muda selalu wajahnya. Anak-anak pun cantik dan handsome. Selamat harijadi tokti. Smoga sukses , bahagia selalu… “

” Suka tengok abang Adib tu tengok adik bongsu dia dekat picture no 3 dan part last sekali. Semua saling menyayangi keluarga ni.. “

” Macam tak percaya dah 40-an, masih nampak muda Tokti ni. Comel ja gelagat Afiah tolong pot0ng kek kat ibu dia. Abang Adib pun care betul dengan adik bongsu dia, so sweet.. “

Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Dato’ Siti dan semoga dengan bertambahnya usia, Dato’ Siti dikurniakan Allah kesihatan yang baik serta bahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..