” Suara tetap muda walaupun dah berusia.. ” – Netizen

Video Raja Ema Sedang Berlatih Menyanyi Lagu Angan-Angan Raih Perhatian Peminat. Wah Suaranya Maintain Sama Seperti Dulu. Tetap Manja Dan Merdu !!

Raja Ema nama yang cukup dikenali ramai suatu masa dahulu. Popular dengan lagu Jejaka Idaman, Kekasih Sepi dan banyak lagi, anak kepada Yusni Jaafar ini kini aktif sebagai pelakon dan pengusaha acar buah.

Sekalipun Raja Ema sudah berusia awal 50-an, wajahnya masih nampak muda. Meninjau akaun Instagram Raja Ema, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Raja Ema menyanyikan lagu h1tsnya berjudul Angan-Angan.

Kata Raja Ema, ini sesi latihan untuk program Salam Dari Maya ( Youtube ) yang akan disiarkan pada 7 Oktober nanti. Mendengar akan suara Raja Ema ini, tidak ubah seperti suaranya berpuluh tahun dahulu.

Masih kedengaran lunak merdu dan manja suara Raja Ema ini. Pada perkongsian terdahulu, Ema ada berkongsikan gambar bersama Amy Mastura yang turut sama bekerjasama untuk program Youtube ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Raja Ema ini telahpun meraih hampir 500 likes setakat ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Rindu kak Ema, favourite song. Suka lagu ni, best sesangat. Mengimbau zaman sekolah-sekolah dulu.. “

” Alhamdulillah very nice song. Wah bestnya nak tengoklah nanti. The most humble and sweetest kak ema.. “

” Suara Ema maintain cute macam dulu-dulu. Idola kita ni, suara tu tak berubah.. lunak merdu manjaaa.. “

” Perghh lagu kenangan 1987.. setiap kali nk nak bersiap ke sekolah menengah sessi ptg pasg lagu ni… layan.. “

” Bila nyanyi lagu nie berangan nk jd sis Raja Ema. Legend ni Harap kak raja ema sihat dan dipermudahkan segala urusan selalu.. “

” Suara tetap manja macam dulu, masih sama lembut merdu. Suara tetap muda walau pun dah berusia.. “

” Suara akak memang terbaik. Patut raja ema ni yang jadi peserta GegarVaganza… baru sesuai.. ”

Terubat juga kerinduan peminat untuk mendengar alunan suara Raja Ema ini. Bolehlah ramai-ramai menonton video penuh nyanyian Raja Ema ini pada bulan hadapan di saluran Youtube yang dinyatakan. Apa-apa pun, success selalu dan take care Raja Ema.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raja Ema

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..