” Suara Diana sesuai untuk soundtracks Disney, mantap.. ” – Netizen

Kemerduan Suara Diana Danielle Berduet Bersama Calum Scott Raih Pujian Ramai. Wah Gandingan Suara yang Harmoni, Setaraf Penyanyi Antarabangsa !!

Nama Diana Danielle tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Ramai yang mengenali Diana sebagai seorang pelakon yang berbakat namun sebenarnya Diana juga boleh menyanyi dengan baik. Diana juga ada menyanyi dalam beberapa filem lakonannya seperti Hister1a dan Magika.

Terbaru, Diana dipilih untuk berkolaborasi bersama penyanyi dari Britain iaitu Calum Scott. Lagu berjudul Heaven ini menampilkan empat bintang pop rantau Asia Tenggara, termasuklah Diana Danielle.

Meninjau ke akaun Instagram, video nyanyian secara live antara Diana dan Calum telah menerima pujian ramai orang. Ramai yang memuji kemerduan suara Diana dan gandingan mereka berdua sangat sesuai dan mantap.

Calum hadir ke Malaysia membuat persembahan di konsertnya yang berlangsung di Plenary Hall KlCC. Ada juga di kalangan peminat Diana tidak tahu selama ini Diana boleh menyanyi dengan begitu baik sekali. Wah, setaraf penyanyi antarabangsa tau.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terpesona dengan suara Diana. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Diana Danielle is great singer and actress .. Suara D mmg sedap. Pernah dengar depan depan. Mmg best sgt .. “

” Siapa pernah tgk cerita histeria kan diana daniel ad nyanyi.. Wow u sing great diana… terbaik, dia memang ada lagu sendiri.. “

” Diana danielle sedap nyanyi English song lg mantap.. sangat harmoni.. Yeayyyy D U did very well just now. Terubat rindu jumpa tadi. Gonna upload mineee.. “

” Cukup rasa. Her tone is so beautifull.. Suara2 Disney ni diana, soundtracks movie katun2.. Sdap jgk suara Diana Daniel ek.. “

” Mmg suka lagu ni sedap.. start suka dengar lagu ni dekat itunes pun sbb dia gabung dgn dianadanielleb sedap sangatt dia nyanyi kalau compare dgn gabungan dari artis negara lain untuk lagu ni.. “

” Tak  tau pulak dianadanielleb can sing nicely. bole suda sis jd penyanyi.. Wow tak sangka, mmg penyanyi sebenar.. “

” Kami histeria.. Diana Danielle mmg pandai nyanyi. Dia penah menyanyi dlm Filem Hister1a. Mmg sedap suara dia.. “

Tidak dinafikan Diana mempunyai tone suara yang sedap. Diana boleh menjadi seorang penyanyi professional dan diharapkan nanti adalah single daripada Diana. All the best buat Diana Danielle dan semoga terus sukses.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je, Diana Danielle

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..