” Sorry hubby, she said ‘mama’ first.. ” – Juliana Evans

Juliana Evans Kongsi Video Bermain Bersama Anaknya Tengku Kamiliah. Part Milly Panggil Mama Tu Memang Comel Sangat !!

Pengacara, model dan pelakon Juliana Evans atau nama sebenarnya Juliana Sophie binti Johari Evans telah mendirikan rumahtangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj. Juliana telah dikurniakan seorang puteri bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada tahun lalu.

Masa berlalu dengan pantas, kini Tengku Kamiliah telah pun berusia 1 tahun. Comel betul melihat anak kepada pasangan ini. Raut wajah Tengku Kamiliah atau lebih mesra dipanggil Milly mewarisi campuran kecantikan dan ketampanan ibu bapanya. Ini membuatkan Milly seringkali menjadi perhatian.

Sering dikongsikan oleh ibunya gambar-gambar comel Tengku Kamilah yang hari demi hari kian membesar. Ini membuatkan ramai yang ternanti-nantikan dan teruja setiap perkongsian daripada Juliana. Mereka tidak sabar melihat gambar kerana Juliana sering menyiapkan puteri kesayangannya itu dengan pakaian yang comel.

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Juliana Evans telah memuat naik sebuah video. Video tersebut memaparkan Milly yang sedang bermain bola kecil berwarna kuning dengan ibunya Juliana. Juliana memberikan bola kepada Milly dan meminta bola tersebut diberikan kepadanya. Ternyata Milly sudah pandai menerima arahan.

Apa yang menariknya lagi, Ketika Juliana meminta Milly menyebut perkataan ‘ Dada’  (panggilan untuk suaminya), Milly tidak mahu menyebutnya. Milly hanya menyebut ‘mama’ sahaja. Menurut Juliana, esok adalah hari lahir Milly. Milly menunjukkan perkembangan yang baik dan sudah boleh berjalan 5 langkah tanpa dibantu oleh sesiapa.

Jom tonton video comel Milly di bawah ini :

Perkongsian daripada Juliana ini jadi tumpuan dengan kecomelan Milly. Merekajuga turut mengucapkan ucapan hari lahir buat Milly. Ini antara komen-komen mereka :

” Happy Birthday Mily, so cute, Today is my birthday too.. “

” Her eyes are so pretty, Oh my god super cute! “

” Cutenyaaaa, Baby milly, Dah pandai nak bercakap, Ciummm banyak banyak boleh tak.. “

” Ya ampun pipi dia, kasi sini sikit, ger4m tengok moga membesar jadi anak yang solehah dan taat kat mummy and daddy yerr, doakan sy kak juliana evans moga dikurniakan zuriat cepat².. “

Wahhh memang super cute la Milly ni. Dengan pipi tembam dan mata yang bulat tu buat ramai yang ger4m. Esok Milly dah umur setahun kan, jadi kami di Berita Kopak ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir yang pertama buat Milly. Semoga Milly dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Juliana Evans

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..