” Aaaaaa Datuk Wira bagi saya raket, seronoknya, ape niii.. ” – Hanis Zalikha

Hanis Zalikha Kongsi Video Kegembiraan Menerima Raket Daripada Datuk Lee Chong Wee. Namun Reaksi Hanis Cur1 Tumpuan. Alahai, Comel Je Hanis Buat Tangan Macam Tu !!

Figura cantik manis Hanis Zalikha tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja namanya pasti terbayangkan wajah isteri kepada aktor Hairul Azreen ini. Mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Mahupun Hanis atau Hairul Azreen, kedua-dua mereka seringkali berkongsikan aktiviti seharian mereka di laman sosial. Perkongsian mereka ini sama ada berkaitan dengan aktiviti bersama anak-anak, kerjaya dan juga hobi mengisi masa lapang yang terluang.

Posting mereka seringkali menjadi perhatian ramai. Lagi-lagi gelagat dan keletah kedua-dua anaknya itu yang sangat menghiburkan. Tidak hairanlah, setiap kali perkongsian Hanis dan Hairul Azreen di laman Instagram mendapat tontonan dan tanda suka yang tinggi.

Menerusi entri terbaharu Hanis Zalika di laman Instagram miliknya, sebuah video ringkas telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan beliau bersama hero badmintaon nombor satu negara, Datuk Wira Lee Chong Wei. Menurut Hanis beliau sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Datuk Wira.

Apa yang menarik lagi, Datuk Wira sememangnya terkenal dengan seorang yang humble dan baik hati telah menghadiahkan Hanis Zalika sebuah raket. Kelihatan di dalam video itu, Hanis dengan wajah yang sangat terharu itu sedang menunggu Datuk Lee Chong Wei memasang grip pada pemegang raket tersebut.

Di bawah ini adalah video yang dikongsikan oleh Hanis Zalika. Jom tonton !!

Video Hanis Zalikha menerima hadiah raket daripada Datuk Lee Chong Wei ini telah membuatkan ramai netizen cemb0ru dan tidak kurang juga mengatakan Hanis sangat bertuah. Ini antara komen-komen yang ditinggalkan oleh mereka :

” Comel je tangan macam tu. Bila dah tau dapat hadiah.. “

” Bertuahnya, Datuk LCW such a nice person, bestnya, nak jugak !!! “

” Kalau aku l0mpat2 sda ni, pastu raket tu nda di pakai. Simpan jak.. “

” Untung la Dato’ Lee Chong Wei tolong balut grip. Harap Dato balut grip racket saya jgk. Saya rela ride daripada kelantan pergi kl dato.. “

” Bestnyeeeee, kite nak jugaaaa. Untungnye kakak jelessssslaaaa.. “

Wahh, seronoknya Hanis Zalikha dapat raket badminton daripada Datuk Lee Chong Wei. Memang betul-betul bertuah ni. Nanti bolehlah jadi pengganti Datuk ye Hani. Jadi wakil negara dalam pertandingan badminton. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Hanis Zalikha terus maju jaya dalam bidang seni ini. Amin

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..