” MashaaAllah comelnya Aryssa, manis je senyuman.. ” – Netizen

Video Ayra Aryssa Pertama Kali Duduk Dalam Walker Jadi Tumpuan. Part Anaqi Main Agah-Agah Dengan Aryssa Tu Sweet Sangat !!

Pejam celik, pejam celik sudah masuk 5 bulan berlalu sejak Amyra Rosli melahirkan puterinya yang diberi nama Ayra Aryssa. Wajahnya yang comel mewarisi kecantikan ibunya membuatkan tidak jemu mata memandang. Hari demi hari Aryssa semakin disayangi peminat.

Ada sahaja video dan gambar anak-anak mereka kongsikan di laman media sosial untuk tatapan peminat-peminat. Meski pun masih kecil, jangan sangka kedua-dua anak Amar dan Amyra ini mempunyai peminat dan laman Instagram mereka sendiri.

Terbaru, menerusi laman Instagram Amyramar, sebuah  video  dan gambar telah dikongsikan untuk peminat. Video tersebut memaparkan Aryssa yang sedang duduk di dalam ‘ walker’ . Aryssa sangat gembira kerana ini adalah kali pertama Aryssa duduk di dalam walker tersebut.

Apa yang menarik lagi, Aryssa telah diagah oleh abangnya Aqeef Anaqi ketika sedang duduk di dalam walker tersebut. Kelihatan Aryssa sangat seronok apabila diagah. Setiap kali diagah, setiap kali itu jugalah Aryssa ketawa. Pandai sungguh abang melayan adik ye.

Jom lihat video dan gambar dibawah ini :

(KLIK butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Perkongsian video dan gambar di laman Instagram Amyramar ini mendapat pujian daripada netizen. Ada yang mengatakan kecomelan Aryssa sama seperti ibunya Amyra. Ini antara komen-komen mereka :

” Laa, gelak tak de gigi lagi! Ingatkan dah tumb0h dah gigi tuuu semua, Haih!  “

” MashaaAllah comelnya Aryssa, manis je senyuman, macam mummy dia.. “

” Mesti cantik besar nantiiii, So cute and beautiful.. “

” Ya Allah comelnyaaaa Aryssa ni, macam mommy dia la.. “

” Alolo comelnyerrrr copy paste mak dia sangat ni.. “

Wahhh, seronok la Aryssa dapat walker baru ye. Tidak lama lagi Aryssa akan explore la satu rumah mummy pula dan main kejar-kejar dengan abang Anaqi. Alahai comel sangat. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan Aryssa dikurniakan kesihatan yang baik dan di bawah lindungan rahmat Allah selalu. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG bArya Aryssa, Amyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..